Viral

Hari Keputeraan Agong Ditangguh

KUALA LUMPUR: Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Jun ini ditangguhkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu setelah mempertimbang peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19, kematian baharu akibat wabak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara sejak 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Pun begitu, kata Ahmad Fadil, tarikh 7 Jun 2021 telah ditetap dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan amak atau umum sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

“Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Penangguhan ini adalah atas titah perkenan Seri Paduka Baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, setakat hari ini, Sebanyak 7,748 kes positif baharu COVID-19 direkodkan setakat tengah hari tadi menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di negara ini mencecah 603,122 kes hingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatkan sebanyak 2,612 hari ini, menjadikan jumlah kes di negeri itu setakat ini sebanyak 197,459. Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 851 kes baharu, disusuli Sarawak (706) dan Johor (446).

Sebanyak 7,746 daripada kes yang dilaporkan hari ini adalah jangkitan tempatan manakala dua lagi adalah kes import.

– UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *