Tular Video Lelaki Amuk Di Klinik Pengkalan Kubor – Ini Penjelasan Dari Pengarah JKNK

KOTA BHARU: Video yang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dikatakan mengamuk berkaitan vaksin di Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor sejak Selasa lepas adalah video yang dirakam tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata video tular itu telah dirakam dan menjadi tular pada 5 Julai 2020, namun kini dikesan telah ditularkan sekali lagi pada 1 Jun lepas menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya isu kali ini dikaitkan oleh netizen kononnya mengenai vaksin, walaupun kata-kata lelaki dalam video itu sebenarnya tidak difahami.

“Mereka membuat andaian dan persepsi bahawa kejadian amuk itu berpunca daripada doktor yang menyuntik vaksin kepada emak lelaki itu, namun emaknya dikatakan menolak.

“Ada juga yang mengatakan lelaki itu mengamuk kerana tidak mendapat vaksin dan sebagainya.

“JKNK ingin menegaskan bahawa lelaki dalam video berkenaan merupakan pesakit Bipolar Affective Disorder dan mendapat rawatan di Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Zaini berkata isu sebenar lelaki itu mengamuk ialah kerana tidak berpuas hati berkaitan ibunya yang dikehendaki menjalani ujian darah ekoran siasatan lanjut penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Satu laporan polis dibuat terhadap lelaki berkenaan setelah dia mengamuk dan membaling sebiji batu bata ke arah cermin tingkap bilik rawatan kecemasan dan bilik terapi metadone.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, lelaki itu kemudiannya ditangkap polis,” katanya. – BERNAMA

Video Yang Tular Semalam

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*