Kehidupan Viral

Ular Sawa Batik Seberat 100kg Ditangkap Berlingkar Tepi Jalan

KUALA NERUS – Dua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini membuat panggilan kecemasan selepas tiga hari berturut-turut terserempak dengan seekor ular sawa batik di tepi jalan di Kampung Jati, Gong Badak di sini.

Ular sawa berkenaan dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Syazwan Wan Jamil, 23, berkata, dia bersama seorang rakannya, Wan Zafri Najmi Wan Mohd Kamal, 23, terserempak dengan ular berkenaan pada malam Sabtu ketika hendak membeli makanan berhampiran rumah sewanya di kampung berkenaan.

Menurutnya, mereka pada mulanya terserempak dengan ular itu pada malam Khamis lalu, namun ia terus menyelinap masuk ke dalam semak berhampiran.

Katanya, mereka sekali lagi terserempak ular sama pada malam Jumaat, namun haiwan itu sekali lagi melarikan diri.

“Dalam jam 9 malam Sabtu lalu ketika menaiki kereta untuk membeli makanan, kami sekali lagi terserempak ular yang sama.

“Ketika balik dari kedai kira-kira setengah jam kemudian, ular itu dilihat masih berlingkar dan tidak bergerak di tepi jalan mungkin kerana kekenyangan. Kami segera hubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Syazwan berkata, dia tidak menyangka ular sawa itu mempunyai berat lebih 100 kilogram dan panjang mencecah 4.57 meter.

“Selepas anggota APM mengangkat ular itu dan bawa ke tengah jalan, barulah nampak keseluruhan saiznya yang besar.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak APM kerana berjaya menangkap ular itu memandangkan kebanyakan penduduk di kawasan ini masih tidak tahu mengenai kewujudan reptilia berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Kuala Nerus, Kapten (PA) Zahidi Zainudin berkata, pihaknya mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular sawa itu sebabkan haiwan berkenaan agresif dan melawan.

“Kita berterima kasih atas maklumat disalurkan kerana ia amat membantu bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber : SinarHarian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *