Eilyas Terkejut Ditvduh Kaki Vgut Buka Alb – Ini Penjelasan Bekas Suami Zarina Anloulie

SELEPAS dilempar pelbagai tudvhan kononnya sering mengvgut untuk membuka alb bekas isteri yang juga pelakon Zarina Anjoulie, bekas suaminya iaitu Eilyas Azhar tampil mempertahankan diri.

Eilyas bagaimanapun terkejut dengan tudvhan berkenaan kerana menurutnya dia adalah individu yang sedaya upaya cuba menutup maruah bekas isterinya itu ketika mereka masih bersama.

“Saya tak pernah membuat ugvtan seperti yang did4kwa Zarina. Selepas kami bercerai, memang saya ambil keputusan untuk berdiam diri sebab dah move on… tak pernah terfikir nak post fasal dia lagi.

Paparan skrin laporan polis pertama terhadap Eilyas namun Zarina memadamnya selepas beberapa minit dimuat naik.

“Dekat mana saya alb dan burukkan dia? Sedangkan bila dia buat IG live ternampak lutut dan peha sikit pun, saya akan tutupkan aurat dia demi jaga maruah dia sebagai isteri ketika itu.

“Tak ada siapa nak serabut… saya nak hidup dengan tenang. Buat apa saya nak hidup dalam keadaan serabut macam itu,” kata Eilyas ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Pada Sabtu Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil membuat laporan polis kedua terhadap Eilyas selepas mend4kwa divgut bekas suaminya itu.

Kali pertama laporan polis dibuat pada bulan lalu selepas Eilyas did4kwa menc3r0boh rumahnya hanya untuk merakam foto alb.

Dalam pada itu, Eilyas atau lebih mesra disapa sebagai Yas sudah menerima panggilan daripada pihak polis yang memintanya untuk hadir memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Zarina.

“Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya.”

EILYAS AZHAR

BEKAS SUAMI ZARINA ANJOULIE

Bagaimanapun, Eilyas memberitahu dia tidak mengetahui mengenai laporan polis pertama yang dibuat Zarina pada bulan lalu memandang tiada panggilan polis yang diterima.

“Ya… lebih kurang pukul 2 pagi tadi saya ada terima panggilan daripada pihak polis yang meminta saya untuk hadir ke IPD Nilai bagi memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuat Zarina.

“Hari ini, pukul 3 saya pergi ke sana untuk memberi keterangan berhubung dakw4an tersebut. Tapi mengenai laporan polis bulan lalu itu memang saya tak tahu apa-apa.

“Kalau betul ada laporan polis, mesti polis akan hubungi saya tapi bulan lalu memang tak apa-apa panggilan daripada pihak polis pun,” ujarnya.

Sementara itu, Eilyas juga membuat pengakuan dia ada melafazkan cerai menerusi Instagram seperti yang did4kwa namun tindakan tersebut disebabkan provokasi daripada Zarina.

Eilyas hadir ke IPD, Nilai untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Zarina terhadapnya.

“Memang benar saya ceraikan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Sebenarnya saya belum lafaz cerai masa dia post dekat IG umum sudah bercerai kali kedua.

“Kenapa muat naik hanya paparan skrin mesej pendek saya minta transfer duit untuk lafaz cerai? Kenapa tak buat screen record dari awal perbualan kami di mana dia provok saya untuk lafaz cerai?

“Saya ada bukti tapi memikirkan keluarga saya, saya pilih untuk berdiam diri. Tapi sekarang, kalau kes ini masuk mahkamah, kebenaran akan terbongkar,” katanya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Mei lalu, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas selepas rujuk buat kali pertama pada 2 awal Mac lalu.

Ia merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Hidup Zarina Anjoulie jadi kucar-kacir, d4kwa bekas suami vgut s3bar foto alb – “Sepanjang berkahwin dia suka ambil gambar”

EPISOD perbalahan selepas bercerai membabitkan Zarina Anjoulie bagaikan tidak berkesudahan apabila kini pelakon itu mend4kwa divgut bekas suami, Eilyas Azhar.

Enggan membiarkan hidupnya terus diganggu, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, tampil membuat laporan polis kedua terhadap lelaki itu.

Kali pertama laporan polis dibuat pada bulan lalu selepas Eilyas did4kwa menc3r0boh rumahnya hanya untuk merakam foto alb.

“Ikutkan saya memang nak move on dengan apa yang berlaku dan tak mahu lagi menyebut nama dia. Sebab saya pun memikirkan perasaan bekas ibu dan bapa mentua saya.

“Tapi sejak akhir-akhirnya, banyak ugutan yang saya terima daripada dia. Pada mulanya, memang saya nak berdiam diri sahaja tapi kali ini sudah melampau. Bukan niat saya nak buka alb dia.

Zarina memuat naik laporan polis namun memadamnya selepas beberapa minit dikongsikan di IG.

“Tapi macam-macam ugutan yang saya terima. Bulan lalu, saya sudah membuat laporan polis terhadap dia yang menceroboh rumah saya dengan memanjat demi mengambil gambar alb saya.

“Malam tadi pun saya ada buat laporan polis kali kedua selepas terima lagi ugutan. Sepanjang setahun kami berkahwin, dia suka ambil gambar alb saya dan jadikan bahan untuk ugut saya setiap hari,” katanya kepada mStar pada Ahad.

Pada Sabtu malam, Zarina memuat naik foto dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

Turut dikongsikan tangkap layar bukti laporan polis yang dibuatnya sebelum bertindak memadamnya selepas beberapa minit dikongsikan.

“Orang asyik fikir saya buat sesuatu yang teruk sampai kena cerai macam itu.”

ZARINA ANJOULIE

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 3 Mei lalu, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas selepas rujuk buat kali pertama pada 2 awal Mac lalu.

Ia merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Susulan pendedahan Zarina di Instagram, Eilyas atau Yas tampil meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktres itu berkongsi cerita ‘dalam kain’ mengenai keretakan rumah tangga mereka di Iaman sosial.

Dalam pada itu, Zarina mengakui dia terpaksa berkongsi beberapa bukti di Instagram untuk mempertahankan dirinya selepas difitnah oleh bekas suaminya.

“Bila dia mula memfitnah saya… saya terpaksa tampil mempertahankan diri. Sebabkan dia, satu Malaysia serang saya tanya apa yang saya buat sampai kena cerai melalui Instastory.

Zarina dan Eilyas cerai kali kedua pada awal Mei lalu.

“Orang asyik fikir saya buat sesuatu yang teruk sampai kena cerai macam itu. Kalau orang normal dan waras, takkan ceraikan isteri di Instastory la.

“Kali ini, saya terpaksa kongsi beberapa bukti untuk pertahankan diri saya. Selama ini dia rasa saya takut sebab dia boleh vgut dengan gambar-gambar alb saya.

“Tapi dia silap, saya tak takut pun dengan dia! Kalau betul saya fitnah, kenapa dia tak buat laporan polis? Dan kenapa dia diam apabila saya keluarkan bukti?” ujarnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Sementara itu, pihak mStar akan cuba mendapatkan penjelasan Eilyas Azhar mengenai tudvhan Zarina ini.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*