Kehidupan Viral

Terkesan Dengan Peristiwa RM2 Ketika Hari Lahir … Ini Yang Abang Polis Buat Selama 10 Tahun Sampai Sekarang

SETIAP individu ada cara tersendiri untuk berbakti kepada masyarakat.

Begitu juga dengan anggota polis ini apabila dia memulakan usaha murni membantu golongan memerlukan sejak tahun 2010 lagi.

Menurut Jayteen Singh, 37, dia dan rakan-rakannya juga giat membantu golongan gelandangan sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu.

Turut dikenali sebagai Jay Shahkur, dia ketika dihubungi mStar berkongsi kisah disebalik penubuhan Brotherhood Asian Hub itu yang turut disertai sekitar 30 rakan-rakannya.

“Semuanya bermula pada sambutan hari lahir saya, 13 Disember 2010, ketika itu saya keluar untuk membeli barang, kemudian terserempak dengan orang yang memerlukan.

“Mereka minta saya RM2 untuk beli makanan. Tanpa berlengah, saya beli set makanan di sebuah restoran berdekatan untuk diberikan kepada mereka.

“Cuba bayangkan, saya nak buat parti hari lahir di rumah, tapi pada masa sama, ada orang memerlukan di luar sana,” ujarnya yang berpangkat Lans Koperal.

Menurut Jay yang kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur, usaha murni itu semakin hari semakin berkembang apabila turut dibantu rakan-rakannya.

Pengalaman bertemu orang susah ternyata membuka mata Jay untuk lebih bersyukur.

Bermula dengan bantuan kepada keluarga miskin, mereka kemudiannya turut membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada tahun lalu.

Untuk ‘total lockdown’ bermula 1 hingga 14 Jun ini pula, dia menggerakkan misi ‘No One Sleeps Hungry’ bagi membantu golongan susah di negara ini.

“Awalnya saya buat secara sendirian, kemudian kawan-kawan nak tolong sehingga ia jadi makin besar.

“Sangat sebak sebenarnya. Ramai orang susah di luar sana.”

JAY

“Ketika awal PKP dulu, kami sedar ramai yang memerlukan dan berada dalam kesusahan. Ahli kami ada di seluruh Malaysia.

“Terbaharu, kami bantu gelandangan ketika ‘total lockdown’ di sekitar Kuala Lumpur yang mana saya sendiri akan masak untuk mereka,” ujarnya lagi.

Namun jelasnya, agihan makanan di sekitar ibu negara itu dilakukan dalam sekitar 10 kilometer (km) radius sahaja dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kata Jay lagi, dia sedaya upaya cuba membahagikan masa antara kerjaya hakiki dengan penglibatan amal itu.

Usaha murni itu turut disertai sekitar 30 rakannya.

“Saya selesai kerja, terus sambung buat yang ini pula. Biasanya saya sendiri akan masak. Kalau tak masak di rumah saya, kami masak di restoran abang saya.

“Lepas habis sekolah dulu saya belajar memasak. Saya gembira bila golongan yang dibantu puji masakan saya.

“Memang menyentuh hati setiap kali jumpa, mereka akan ceritakan kisah masing-masing. Ada kalanya mereka kata mereka tunggu makanan saya, mereka tanya kenapa lambat datang.

“Saya minta maaf dengan mereka kerana lambat hantar makanan. Sangat sebak sebenarnya. Ramai orang susah di luar sana.

“Pengalaman ini membuka mata saya untuk kita hargai apa yang ada dalam hidup,” ujarnya yang sudah tujuh tahun menjadi anggota polis.

Jay juga banyak berkongsi mengenai usaha murni itu menerusi Instagram brotherhoodasianhub dan turut mengaluk-alukan pihak di luar sana yang mahu menyumbangkan bantuan.

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *