[i-Sinar 2.0] Ini Ada Berita Gembira Kepada Pencarum KWSP ‘Tunggu Jer’

SHAH ALAM – Kerajaan disaran supaya memberi kelonggaran pada pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu mengenal pasti golongan yang terkesan dalam pandemik Covid-19.

Kelonggaran tersebut kata beliau, perlu dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut terlibat dengan peminjaman wang h4ram.

“Benarkan orang yang betul-betul susah keluarkan i-Sinar ini kerana untuk menampung kehidupan masa kini dan masa depan belum tentu lagi.

“Ini kerana kita risau, kalau dia tidak dapat keluarkan duit i-Sinar mereka akan pergi cari ah long, dah tambah masalah sebab nak pinjam daripada bank tidak boleh.

“Jadinya, bagilah kelonggaran sebab tua itu belum pasti berlaku, sekarang ini yang kita tengah hadapi kesusahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Selasa, kerajaan disaran melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengeluaran caruman daripada KWSP untuk i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 cuma membawa penurunan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan aset tabungan itu.

Dalam pada itu, Shazali berkata, keperluan rakyat adalah yang utama berbanding prestasi semasa KWSP.

Sehubungan itu, KWSP perlu lebih kreatif dalam mengawal prestasi untuk diagihkan kepada pencarum.

“Selama ini dividen (prestasi) disimpan, apa salahnya bagi dahulu, keluarkan dahulu di samping duit-duit yang disimpan.

“KWSP tidak perlu bagi RM10,000 seperti dahulu, hanya perlu lihat pada keadaan atau gaji yang bersesuaian,” ujarnya.

Sumber : SinarHarian

Ini Pendapat Dari ExPM Kita

Minggu lepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum keuntungan bagi suku 1 2021 sebanyak RM19.3 bilion.

Jumlah aset terkumpul KWSP juga diumumkan telah jatuh sedikit ke RM982 bilion pada akhir suku 1 2021 dari RM998 bilion pada akhir tahun 2020 tapi masih lebih tinggi berbanding RM925 bilion pada tahun 2019 sebelum pandemik.

Penurunan RM16 bilion (atau 1.6%) dari RM998 bilion ini adalah akibat pengeluaran RM78.8 bilion melalui skim i-Sinar dan i-Lestari.

6.49 juta ahli mengeluarkan purata RM8,937 melalui i-Sinar manakala 5.27 juta ahli ambil purata RM3,947 dari skim i-Lestari.

Memandangkan:
1. Jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi;

2. Pengeluaran melalui i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0 sebelum ini cuma membawa kepada penurunan 1.6% daripada jumlah aset KWSP;

3. Kesan dari ‘Total Locdown’ sekarang adalah jauh lebih genting setelah kegagalan bersiri PKP 2.0 dan PKP 3.0 separuh masak;

Maka saya saran kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk laksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 sebelum ini untuk tempoh 3 bulan.

Jika dulu, impak i-Sinar/i-Lestari 1.0 adalah RM78.8 bilion maka impak i-Sinar/i-Lestari 2.0 pada kadar separuh tidak akan sampai RM39.4 bilion – atau 4% daripada jumlah aset RM981.7 bilion KWSP terkini.

Biarlah Rakyat uruskan sebahagian dari duit sendiri pada tempoh ‘Total Lockdown’ ini sebab keadaan apa yang lebih parah berbanding ‘Lockdown’ selepas menghadapi 5 bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan PKP 3.0?

Jika bukan sekarang, maka bila?

Sistem-sistem sudah ada. Logo ada. Elya pun ada.

Cuma tengok kerajaan nak buat ke tidak.

‘Total Lockdown’ yang amat ketat sepatutnya dibuat awal-awal lagi semasa Rakyat mula mendapat duit i-Sinar 1.0.

Akibat kegagalan kerajaan yang buat PKP demi PKP separuh masak yang berpanjangan maka apa yang dikeluarkan pada masa i-Sinar 1.0 sudah kehabisan.

PKP separuh masak ini bukan salah Rakyat tetapi salah kerajaan yang berulang kali buat perkara sama yang terbukti gagal.

Sebab itu, harap kerajaan akan berbesar hati untuk benarkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

Usah risau sangat.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) masa saya Perdana Menteri (PM) berjaya naikkan berganda jumlah aset KWSP dari RM300 bilion ke RM850 bilion dari tahun 2009 ke 2017 dengan memberi kelebihan kepada projek-projek KWSP.

Sebab itu, kerajaan BN pada masa depan mampu naikkan semula simpanan Rakyat yang berkurang dalam masa kritikal pandemik ini.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*