
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan 3 orang lelaki sedang mempersenda azan serta ayat suci al-Quran ketika sedang menjamah makanan di sebuah kediaman.
Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit yang disifatkan sebagai tidak menghormati agama.
Sehubungan itu, menerusi perkongsian video di rancangan YouTube Seram Sejuk ketiga-tiga lelaki itu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka
Mengaku salah, mohon maaf secara terbuka
Dalam video berkenaan, kesemuanya mengaku kesalahan dan berharap agar umat Islam di Malaysia memaafkan mereka.
Tambah salah seorang lelaki yang bernama Ruban, dia berasa kesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut.
Niat bergurau sahaja
Manakala salah seorang lelaki bernama Brandon Eng menjelaskan bahawa dirinya merupakan si perakam video itu.
“Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini,” jelasnya.
Baginya, dia hanya ingin bergurau atau main-main sahaja dan tidak tahu perkara itu merupakan sesuatu yang serius.
Dalam pada itu, lelaki yang memakai pelitup muka dikenali sebagai Ryan pula berkata ketika itu mereka sedang mengadakan ‘makan pedas challenge’.
“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan “challenge” (makan pedas) lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh saya mengulanginya,” kata Ryan.
Terdahulu, netizen telah mengecam tindakan ketiga-tiga lelaki itu dan berharap pihak polis mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka di bawah tuduhan menghina agama Islam.
Sumber: Kosmo Online (Zulkifli Manzor), YouTube Seram Sejuk
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply