
KETIKA negara sedang berg3lut dengan pandemik Covid-19, timbul pula isu kurang enak mengenai seorang Timbalan Menteri.
Terbaharu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran menjalankan siasatan berhubung dakwaan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) sepertimana gambar yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, siasatan lanjut dijalankan PKD Maran berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang sebaik gambar Ahli Parlimen Maran yang dipercayai menyambut Hari Bapa di kediamannya di Kuantan, Pahang.
“Gambar tersebut diambil oleh jurufoto kementerian beliau (Ismail) dan telah menghantarnya menerusi grup WhatsApp hanya untuk simpanan mereka.
“Mereka yang hadir pada majlis itu ialah kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Pejabat Parlimen Maran bagi tujuan bagi penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan mangsa Covid-19 dalam Parlimen Maran, selain perbincangan mengenai perancangan menggalakkan pendaftaran vaksin bagi kalangan masyarakat orang asli di bawah Parlimen Maran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Isnin, tular di media sosial gambar Ismail bersama sembilan individu dipercayai mengadakan jamuan meraikan Hari Bapa di kediaman pemimpin Umno itu.
Gambar tersebut dimuat naik seorang pengguna Facebook bersama keterangan ‘Majlis Sambutan Hari Bapa di kediaman YBTM KPKT’ dengan bertandakan lokasi di Sungai Ling, Maran.
Netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Maran itu yang didakwa mengadakan jamuan dengan melibatkan aktiviti kunjung-mengunjung ketika negara sedang bergelut menangani penularan Covid-19.
Bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada sembilan individu dalam gambar tersebut merupakan ahli keluarga Timbalan Menteri berkenaan serta tarikh jamuan tersebut berlangsung.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd Hadi yang berkongsi skrin layar gambar terbabit di Twitter beliau pada Isnin turut meluahkan rasa kecewa.
“Semalam (Ahad) katanya sambutan Hari Bapa di rumah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Rakyat disuruh duduk rumah. Memang menteri kita ini tak ada yang bijak, ” ciapnya di Twitter. – Sinar Harian.
Geng k0ngsi g3lap l4ngga4 SOP dic3kup
Alor Setar: Sebelas individu dipercayai terbabit dengan kegiatan k0ngsi g3ap Geng 35 dit4han polis di Kulim, semalam selepas video 15 orang berkumpul dalam rumah bagi sambutan Hari Bapa tular.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan, hari ini berkata, polis meng3san video berdurasi 44 saat itu di TikTok, 7 malam tadi menunjukkan lelaki memotong kek merah kuning berbentuk nombor 35
Beliau berkata, tangk4pan dilakukan bermula 10 malam tadi secara berperingkat di daerah Kulim.
“Hasil risikan yang dilakukan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah rumah svspek yang meraikan sambutan Hari Bapa.
“Kesemua individu berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang turut serta dalam sambutan majlis itu.

“Bagaimanapun polis percaya kesemua yang dit4han itu mempunyai kaitan dengan k0ngsi G3lap Geng 35 dan beberapa ramp4san seperti telefon bimbit serta cincin dibuat untuk membantu sias4tan,” katanya.
Kamarul Zaman berkata, kesemua svspek dibawa ke mahkamah untuk tah4nan r3man.
“Dalam video itu juga, didapati 15 individu berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penj4rakan fizikal.
“Ianya jelas mel4nggar Peraturan-Peraturan Penc3gahan Dan Peng4walan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021 dan laporan polis dibuat sejurus selepas itu.
“Sias4tan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Kes3ksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021,” katanya
Sumber : HMetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Leave a Reply