Syukur! Ebit Lew “Kami Team Pertama Di Dunia Dapat Masuk Melalui Pintu Rafah Selepas Perang”

“SYUKUR pada Allah.”

Begitulah ungkapan yang disebut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew bagi memberi perkhabaran terbaharu mengenai misinya ke Palestin.

Menerusi Instagram, Ebit pada Isnin pagi memaklumkan pasukannya sudah berada di Gaza yang mana perjalanan mereka ke sana diiringi oleh tentera Mesir.

“Kami masuk dengan diiringi tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini,” ujarnya kepada 5.2 juta pengikut Instagram.

Dalam pada itu, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pihak Wisma Putra yang berterusan membantu pasukannya dalam misi itu.

“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej.

“Datuk Seri call Kementerian Luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus,” ujarnya.

Selain itu, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut sama menyumbang dan membantu misi itu.

Ebit dalam posting sama turut meluahkan rasa sebak apabila tiba ke sana yang mana ia disifatkan seperti kepulangan ke kampung halaman sendiri.

“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini.

“Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut termasuklah Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin.

“Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ebit pada 27 Mei lalu memaklumkan dia dan pasukannya selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang seterusnya akan dibawa ke Gaza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini. Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri @hishammuddinhussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra Dato Ida Murni,dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.

Terima kasih Tuanku DYAM @hrhcrownprinceofjohor yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.

Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.

Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan. Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*