
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus juga antara yang terkesan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan disambung semalam.
Khalid atau nama sebenarnya Muhammad Khalid Jamlus mengumumkan perniagaan gerai makan miliknya yang menyajikan masakan daging salai masak lemak di Kuala Langat, Selangor terpaksa ditutup.
Pengumuman itu dimaklumkan Khalid menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Tikar yang kami bentang… Tikar itu juga kami terpaksa gulung,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat.
Tidak kurang juga ada yang memberikan pandangan dan cadangan untuk membantu Khalid meneruskan perniagaannya.
Terdahulu, Khalid Jamlus yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas yang dimenangi 19 tahun lalu telah menjual anugerah tersebut atas faktor kewangan susulan tiada pekerjaan selama tiga tahun pada Julai 2020.
Anak disahkan C0vid-19, Khalid Jamlus mohon doa rakyat Malaysia
Daalam perkembangan lain, BEKAS penyerang terbaik Harimau Malaya, Khalid Jamlus memohon doa daripada rakyat Malaysia susulan anaknya disahkan positif Covid-19.
Menyifatkan ia sebagai dugaan, Khalid berharap orang ramai mendoakan agar anaknya sembuh daripada jangkitan tersebut.
“Assalamualaikum. Mohon doakan anak saya sembuh daripada Covid-19.
“Allahu Akbar dugaan dugaan. Ya ALLAH sembuhkan anakku Ya ALLAH,” luah pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia 2002 di Insta Story miliknya hari ini.
Khalid sebelum ini terpaksa menutup gerai makanannya, Gerai Daging Masak Lomak Cili Api minggu lepas yang diusahakannya di Lepak Court, Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat, Selangor sejak sembilan bulan lalu.
Khalid memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan berkenaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu juga pernah mencuri tumpuan ramai dengan tindakannya melelong ‘kasut emas’ yang dimenanginya pada musim 2002 lalu setelah meledak 17 gol bersama Perak.
Tindakan Khalid itu turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat bola sepak negara namun lelongan berkenaan tetap diteruskan hingga akhirnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan untuk membeli kasut emas berkenaan pada September lalu.
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply