
Semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, semakin banyak ‘food bank’ atau pusat bekalan makanan diwujudkan bagi golongan terjejas akibat Covid-19.
Hampir semua pihak berganding bahu, dari Badan bukan kerajaan (NGO) sehingga persatuan penduduk demi mengatasi kelaparan ‘disembunyikan’ oleh segelintir keluarga yang dalam kesusahan.
Bagaimanapun, ada pula individu mengambil kesempatan dengan ‘membolot’ bekalan makanan yang disediakan pihak tertentu tanpa memikirkan nasib ‘orang belakang’.
Seorang pengguna Facebook, Hakimy Looi memuat naik satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga individu gigih memasukkan hampir kesemua makanan ke dalam bungkusan plastik.
Menurut Hakimy, sikap pentingkan diri itu menyebabkan pihak yang prihatin boleh berubah fikiran untuk tidak turun padang bagi menghulurkan bantuan lagi.
“Maaf saya hanya tuju pada beberapa individu dalam CCTV ni…. jangan kerana hangpa macam ni kami yang turun padang ke hulu-hilir tolong sana tolong sini – risikokan diri kami untuk membantu..
“Jadi kecewa dan nak marah sangat….jangan pentingkan diri! Food bank hanya ambil apa yang perlu sahaja bukan ambil semua!,” luahnya.
Sejak dimuat naik semalam, posting tersebut dikongsi sebanyak 4,500 kali selain 2,700 komen netizen yang rata-rata bengang serta mengecam tindakan berlebih-lebihan individu tamak terbabit.
Selain itu, ada juga segelintir netizen memberi pendapat bahawa ‘food bank’ perlu diletakkan di lokasi lebih bersesuaian seperti di balai polis sekali gus dapat memantau individu tidak bertanggungjawab.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai lokasi kejadian tersebut.
Tonton rakaman CCTV penuh:
Komen2 netizen,
Naya yang betul2 memerlukan… Entahlah food bank sebenarnya lebih byak beri kesan buruk agaknya..rasa perlu berkawal… Sebab ad yang suka amik kesempatan dalam kesempitan… Pikir tengkuk. Sendiri
Jangan ambil lebih² brader, nnti semua yg awk makan tu jd taik tp xboleh nak keluarkan. Merah muke ko sekeluarga nnti sbb menahan sakit xboleh berak.
Amboi ni sekali ambik mcm balik shopping penuh troli. Barang free org bgkan . Mesti la ambik sampai bersih. Stock 6 bulan terus. Kena 5 tempat boleh buat mini market kt rumah dia
kalo aku foodbank ni bukak masa bekerja je, jgn bukak masa xde org jaga. jumpa ngan org tamak camnilah jadinya
masalahnya knpa tak ada org jaga,..benda nie kna jaga,sbab mcm nie la jadiknya kalau tak dijaga..ada yg tengk2 kan,segelintir org tak akan ada yg jujur
Kena ade org jaga la foodbank ni… buka waktu siang je.. kalo dibiarkan, ade plak pencuri yg angkut semua skali.. mmg xde ati perut.. ni cerdik susahkan org.. ??? dia ingat dia je ade perut nak isi..
Ni lah manusia ni.. sebab segelintir manusia mcm ni, manusia lain yg betul2 memerlukan yg susah. Org nk bantu pun ssh sbb x smpai brg hbis dh di ambil oleh manusia yg x berhati perut mcm tu. Igt diri sndiri je. Geram pulak aku tengok
Nama tempat tu Food Bank , utk mereka yg sangat2 susah dan amat memerlukan sedikit bantuan, Tolong jangan bersikap tidak bertimbangrasa.. dan bersikap pentingkan diri..!????!!??
Sumber: Facebook Hakimy Looi via https://www.hiburan.myrnws.com/
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply