‘Kalau tak ada rasvah memang takkan jadi kebun durian’ Khaidir Ahmad

SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menyiasat sehingga ke akar umbi isu penc3robohan hutan oleh pekebun durian di Raub kerana yakin aktiviti yang telah berlaku sejak 40 tahun lalu itu mempunyai kaitan dengan rasvah.

Aktivis alam sekitar, Khaidir Ahmad berkata, beliau percaya penerokaan tanah secara har4m menjadi berleluasa sehingga penc3roboh tidak takut dan ‘besar kepala’ apabila tiada penguatkuasaan tegas ke atas aktiviti itu sejak berpuluh tahun.

“Semasa mereka (pengusaha kebun har4m) tebang pokok hutan simpan untuk menanam durian, pastinya ada pihak yang melindungi dan menerima suapan, lalu dibiarkan sampai sekarang.

“Punca utama dia memang rasvah, kalau tak ada rasvah memang takkan jadi,” katanya dengan tegas kepada kru Rasvah Busters Sinar Harian pada Selasa.

Khaidir turut memuji tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membongkar dan bertegas dengan pekebun har4m terbabit.

“Kami sangat mengalu-alukan keberanian JPNP, khususnya kerajaan negeri Pahang kerana bertindak dan berharap tindakan tegas ini berterusan bukan hanya di Raub, malah di Bentong dan seluruh negeri Pahang,” katanya.

Timbalan Presiden Yayasan Anti Rasvah Malaysia, Mohd Rafee Md Aris pula berkata, pihak berkuasa seperti SPRM atau polis tidak perlu menunggu laporan untuk melakukan siasatan sekiranya terdapat salah laku atau kegiatan rasvah dalam isu penc3robohan tanah di Raub.

“Isu penc3robohan ini sebenarnya telah lama berlaku. Bayangkan daripada masa durian ditanam, belum berbuah sehinggalah sudah berbuah tidak ada apa-apa tindakan.

“Sehinggalah aduan dibuat mengenainya baru-baru ini, barulah ada tindakan tegas. Bagaimanapun untuk menuduh terus kata ada perbuatan rasvah saya rasa perlu diselidik dengan terperinci dan dibuktikan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan tegas pihak penguatkuasaan yang menghalang pekebun untuk terus menc3roboh tanah-tanah tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut berkenaan isu tersebut buat masa ini.

Berdasarkan rekod, SPRM telah memulakan siasatan sama ada kes penc3robohan har4m di Raub mempunyai kaitan dengan kegiatan rasvah sejak tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*