
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) sedang melengkapkan siasatan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara har4m di Raub.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata setakat ini siasatan yang mengambil masa untuk diselesaikan itu sudah 80 peratus siap.
Beliau berkata, dalam siasatan yang dijalankan, SPRM sudah memanggil peneroka dan pihak berkuasa berkaitan untuk diambil keterangan masing-masing.
“Kita harus faham, dalam isu ini ada dua perkara. Pertama, berbangkit ketidakpuasan hati masyarakat dalam kes berkenaan dan SPRM tidak boleh campur tangan kerana ia membabitkan siasatan pihak berkuasa lain.
“Kedua, isu rasvah. Di sini kita sudah buka fail siasatan untuk tindakan lanjut. Beri kami masa dan kerana kes (pencerobohan tanah) yang berlaku ini bukanlah kes baharu, ia sudah lama,” katanya.
Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara har4m di atas tanah kerajaan negeri.
Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun har4m termasuk di kawasan hutan simpan.
Antara kawasan dusun durian di Raub itu adalah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.
Sumber : Berita Harian
Persatuan Anak Raub tolak tindakan MCA lantik Chong
PETALING JAYA: Persatuan Anak Raub menolak sekeras-kerasnya tindakan MCA melantik Chong Sin Woon sebagai pengerusi jawatankuasa khas MCA mengenai isu tanah har4m musang king di Raub.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Ahmad Ashraf Abd Aziz berkata, pelantikan jawatankuasa khas untuk selesaikan isu itu bagus tetapi mestilah melantik individu benar-benar layak dan bukannya berkaitan politik semata-mata.
“Persatuan Anak Raub berpendapat pelantikan Chong Sin Woon bukan sahaja tidak dapat mendatangkan apa-apa hasil yang positif, malah merasakan ia hanya satu gerakan bermotif politik dan mempunyai niat-niat yang lain,” katanya dalam kenyataan.
Ashraf berkata, Chong juga tidak arif mengenai undang-undang tanah atau kanun tanah negara, dan bukan orang tempatan yang faham isu dan sejarah industri durian di Raub.
Beliau berkata, Persatuan Anak Raub akan terus merungkai gerakan-gerakan bawah tanah yang dikaitkan dengan kartel musang king, Chong dan Tengku Zulpuri dari DAP.
Beliau juga berkata, Chong sebelum ini dilihat lebih menyebelahi pekebun har4m musang king dan gagal menghasilkan apa-apa perancangan atau tindakan selepas MCA menubuhkan Jawatankuasa Khas, juga mengenai tanah har4m musang king pada Ogos tahun lepas.
“Malahan terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan, Chong telah mengadakan pertemuan dengan pekebun-pekebun durian har4m, dan dilihat terlalu mesra dengan mereka. Chong Sin Woon juga komited ingin membantu pekebun-pekebun har4m ini, memandangkan kumpulan ini (kartel kebun musang king har4m) akan menyokong penuh Chong Sin Woon sebagai calon Parlimen Raub pada PRU15,” katanya.
Katanya, Persatuan Anak Raub komited menyokong usaha-usaha kerajaan Negeri untuk mengh4lau keluar pekebun-pekebun h4ram terutama di dalam hutan simpan kekal (HSK) negeri Pahang.
“Tindakan-tindakan mereka yang dilihat bi4dap dengan penjawat awam termasuk polis disifatkan sebagai melampaui batas,” katanya.
Sumber : FMT
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply