Amboi, senangnya hati! Perangai sebenar ibu 3 anak ‘terbongkar’ selepas video nyanyi lagu Kuca Kuca atas rakit tular – “tak serik hari tu dah lemas”

AKSI bersahaja seorang wanita menyanyikan lagu Kuca Kuca dendangan asal Lia Aziz sambil bermain rakit di sebatang sungai ternyata menghiburkan netizen.

Menurut Wan Nur Syamimi Atikah Wan Zulkifli, 25, dia sama sekali tak menyangka video berkenaan akan menjadi tular sehingga meraih lebih 700,000 tontonan.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia juga segan selepas perangai ‘gila-gila’ yang tidak diketahui ramai terbongkar selepas video itu meraih perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Kongsi Video Anak Khinzir Hutan Berbelang Macam Kancil Buat Ramai Teruja Dan Teringat Kampung Halaman

“Saya nyanyi lagu tu pendek saja sebab tak ingat sangat lirik. Bapa saudara saya pula suka curi-curi buat video.

“Saya kata kalau dah viral, ‘mati’ orang tahu perangai sebenar saya. Kat tempat kerja saya lain. Tapi orang kat rumah dan orang kampung tahu saya jenis kelakar,” ujarnya berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Mimi, dia yang bekerja dalam bidang Khidmat Pelanggan dengan sebuah restoran makanan segera di Kota Bharu, Kelantan mendedahkan sungai itu terletak di belakang rumahnya sahaja.

Menurut Mimi yang menetap di Pasir Tumboh, dia sudah biasa bermain sungai sejak kecil lagi dan tidak pernah serik biarpun pernah lemas ketika berusia enam tahun.

“Sungai tu di belakang rumah saya saja, jalan tak sampai seminit dah sampai. Dalam 20 langkah saja.

mimi1

Mimi bersama suami dan anak-anak.

“Sejujurnya saya memang suka main sungai dari kecil lagi. Saya pernah lemas tapi tak pernah serik.

“Bila baca komen, saya rasa kesian pula. Ada yang dah lama tak balik kampung sejak Covid-19 melanda.”

MIMI

“Dari lemas sampailah dah pandai berenang dan sekarang ada tiga anak, saya tetap suka mandi sungai dan bermain rakit. Saya juga suka memancing ikan sungai.

“Rakit dalam video viral tu milik bapa saya. Lelaki dalam video tu pula merupakan bapa saudara saya,” jelasnya lagi.

Menurut Mimi, dia mengakui terkejut apabila video memaparkan aksi menghiburkan itu meraih perhatian ramai sehingga dihujani pelbagai komen.

Malah katanya, ada netizen yang turut meluahkan rasa sedih selepas menonton video tersebut.

“Bila baca komen, saya rasa kesian pula. Ada yang dah lama tak balik kampung sejak Covid-19 melanda. Saya harap pandemik cepat pulih.

mimi2

Selain mandi sungai dan bermain rakit, Mimi juga suka memancing ikan.

“Biar mereka semua dapat balik kampung masing-masing, agar dapat rasai kehidupan dan aktiviti yang saya boleh buat setiap hari di sini.

“Alhamdulillah setakat ini tiada komen negatif. Rata-rata komen mengakui mereka terhibur.

“Terima kasih kerana tengok video saya tanpa rasa segan atau benci, ia sekadar hiburan semata-mata,” ujarnya.

Untuk rekod, Mimi sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemandu lori ketika dia berusia 18 tahun.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata berusia tujuh, empat dan dua tahun.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Ter1ima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Comment

  1. Hello Team,

    I am Lesia from MGID, a leading native advertising network.

    I’m contacting you to offer a beneficial way to monetize Hmtnws’s traffic via our native sponsored content.

    Our APAC team has been successfully launching campaigns on the Filipino market and we have attractive rates there, namely, $1-$2.5 eCPM.

    In addition to our high rates you will get:
    a personal dashboard with detailed and transparent ad performance stats;
    variety of ad solutions to enhance your visitors’ experience;
    content promotion of your articles;
    flexible payment terms.

    Shall I send you further details via email or do you prefer to continue in a particular messenger?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*