
PERASAAN kecewa dan marah dengan perlakuan dan campur tangan pelakon Norish Karman tentang kebajikan Allahyarham Benjy masih berbekas hingga sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf.
Ujar adik arwah Benjy iaitu Elza Irdalynna Khairil Anwar, 34, tidak semudah itu untuk dia sekeluarga melupakan tindakan Norish yang dianggap melampaui batas.
“Nak maafkan? Macam mana nak maaf kalau dia sendiri tak berhubung dengan kami untuk buat demikian. Kata-kata maaf dia tu hanya di media.
“Kalau dia boleh DM (mesej langsung) mengutuk keluarga saya, kenapa nak minta maaf tak boleh DM?
“Jadi saya rasa kata-kata maaf dia hanyalah PR strategi dan sandiwara semata-mata, hanya untuk menarik publisiti dan likes,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Perkongsian Elza di Twitter miliknya.
Menerusi laporan mStar pada Rabu, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman berkata dia memohon maaf kepada keluarga Benjy jika mesej yang dihantar kepada mereka di Instagram dianggap kasar selain bukan pada masanya.
Bagaimanapun Norish mempertahankan tindakan itu kerana menurutnya dia sekadar bertanya untuk mendapatkan kepastian berhubung isu kebajikan Benjy yang didakwa diabaikan keluarga arwah sendiri.
Dalam pada itu Elza berkata dia juga mempunyai hak untuk mendedahkan kepada umum tentang sikap sebenar Norish yang jelas berbeza dengan apa yang ditonjolkan di platform media sosialnya.
Saya kongsikan untuk tunjuk bahawa di depan orang dia bersedih, tapi di belakang tirai dia mengutuk kami.
ELZA IRDALYNNA
ADIK ARWAH BENJY
Menurut Elza perkongsian paparan skrin mesej daripada Norish jelas menunjukkan aktres berkenaan mempunyai agenda tertentu.
“Saya kongsikan untuk tunjuk bahawa di depan orang dia bersedih, tapi di belakang tirai dia mengutuk kami.
“Dia kata juga masa yang dia hantar mesej itu tak sesuai… ya memang tak sesuai! Abang aku baru sehari kot masuk kubur!
Elza berkongsi foto kenangan bersama arwah Bendy dan ibu ketika hayat mereka.
“Oleh kerana dia dah mulakan, maka kami sambutlah. Kami bongkarkan dia sebenarnya hipokrit.
“Selain itu kenapa kami perlu diam apabila orang sakitkan kami, saya nak lindungi dia untuk apa? Lagi pun kami tak reti kutuk belakang, kami lawan depan-depan,” katanya.
Pada 11 Julai lalu, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma pada usia 43 tahun di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi.
Norish Karman M3ngaku Hantar SMS Kepada Adik Benjy Dan Ini Respon Pelakon Tersebut
TANPA perlu berselindung atau berdolak-dalik, pelakon Norish Karman mengakui dia adalah individu yang menghubungi adik Allahyarham Benjy bagi mendapatkan kepastian berhubung kebajikan arwah ketika hayatnya.
Mengakui tulisan dan pertanyaannya agak kasar, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman bagaimanapun berkata dia berhak bertanya untuk mendapatkan kepastian.
berpendapat adik arwah iaitu Elza Irdalynna boleh mengabaikan soalannya sekiranya berasakan ia tidak masuk akal.
“Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal… mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.
Adik arwah Benjy berkongsi paparan skrin mesej daripada Norish Karman.
“Bukan untuk diviralkan… hanya bertanya saja. Paling penting untuk saya tekankan… soalan saya kepada adik arwah Benjy tersebut adalah secara peribadi. Saya tak tanya dia depan orang satu dunia.
“Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan tersebut, ” kata Norish ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Pelakon drama popular Spa Q ini diminta mengulas mengenai perkongsian Elza Irdalynna di Instagram yang memaparkan mesej daripada seorang pelakon wanita yang menvduh mereka mengabaikan kebajikan Benjy.
K3sal dengan tudvhan tidak berasas itu, Elza berkata pelakon itu tiada hak untuk bersuara tentang isu kebajikan dan terhadap arwah kerana dia bukanlah individu yang rapat dengan mereka sekeluarga.
Jenazah arwah Benjy selamat dikebumikan pada Isnin.
Dalam pada itu, Norish memberitahu dia mengetahui mengenai kesusahan arwah semasa di penjara menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.
“Saya ada baca kesusahan arwah Benjy semasa di p3njara menerusi sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakaian arwah sudah dua tahun tidak berganti.
“Menurut laporan akhbar itu juga, arwah terpaksa meminjam wang daripada banduan lain dan rakan artis yang memberitahu pernah meminjamkan wang kepada arwah.
Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit asma di Hospital Besar Royal Prima di Medan, Indonesia pada kira-kira pukul 11 pagi, Ahad.
“Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.”
NORISH KARMAN
PELAKON
Sementara itu, Norish memberitahu dia menerima pelbagai kec4man daripada netizen gara-gara perkongsian Elza di laman sosial.
“Sekalipun soalan yang ditanya benar atau tidak dia bantu darah dagingnya, beranikan diri untuk menjawab secara DM, bukan kongsi secara umum di dalam instagram menagih simpati followers sendiri.
“Sebaliknya jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.
“Tapi peny3baran tersebut telah mengumpul ramai netizen yang mengh3ntam saya kiri, kanan, atas, bawah dan tengah. Daripada orang tak tahu, kini beratus ribu dah tahu, ” ujarnya.
Norish mengakui penulisannya dalam mesej tersebut dilihat kasar.
Norish bagaimanapun memohon maaf sekiranya pertanyaannya mesej tersebut dihantar pada masa yang tidak sesuai.
“Saya akui mungkin ada kekhilafan daripada pihak saya sendiri. Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar.
“Mungkin soalan yang saya ajukan tidak kena pada masanya iaitu di saat mereka masih meratapi pemergian ahli keluarga, ” katanya.
Untuk rekod, Norish merupakan ibu tunggal yang mempunyai lapan cahaya mata termasuk empat orang anak angkat asnaf yang dijaga sejak Mei tahun lalu.
Sumber : MStar
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Ter1ima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply