Lelaki ‘Berdebat’ Dengan Polis Dit4han

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang tular sebelum ini dengan membuat provokasi terhadap anggota polis dengan berdebat mengenai kesal4hannya, dit4han pihak berkuasa itu semalam.

Difahamkan lelaki tersebut dit4han di kediamannya oleh pihak polis susulan video tular yang dirakam di sebuah stesen minyak sebelum ini selepas dia mel4nggar prosedur operasi standard (SOP).

LIHAT VIDEO DIBAWAH:

Rata-rata netizan meng3cam tindakan lelaki ini

Melalui satu klip video yang dirakam sendiri oleh lelaki tersebut, beberapa pegawai serta anggota polis hadir ke kediamannya dan ingin membawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Seorang pegawai polis menjelaskan bahawa dia dit4han bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya.

Selepas mendapat penjelasan daripada pegawai polis, lelaki tersebut sekali lagi dilihat membuat provokasi dengan meminta pengenalan diri pegawai polis terbabit.

“Berani kerana benar, aku akan lawan,” jelas lelaki itu sambil menenangkan ibunya yang kelihatan c3mas selepas melihat kehadiran pihak polis.

Terdahulu, satu klip video memaparkan seorang lelaki berdebat dengan pihak polis selepas dia dikesan melanggar SOP kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam (stesen minyak) viral di media sosial semalam.

Tindakannya itu turut mendapat k3caman orang ramai dan menyifatkan lelaki tersebut terlampau ‘bijak’ sehingga meny3ksa diri sendiri. – K! ONLINE.

Di mana kita wajib pakai pelitup muka?

Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.

Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.

Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.

“Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.

Ingat pada situasi berikut:

Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)

Wajib pakai jika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.

Wajib pakai jika memasuki pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.

Wajib pakai jika berada dalam ruang tertutup yang bercampur orang ramai, seperti panggung wayang, lif, dan ruang seumpamanya.

Tidak diwajibkan memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali.

Tiada tindakan saman akan dikenakan kepada pengguna yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.

Tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Sumber : KOSMO

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*