Dulu Pengutip Sampah Dan Tidak Bersek0lah Tapi Kini Gadis Cantik Ini Berjaya Dapatkan Ijazah Dan Menjadi Inspirasi.

Semua orang punyai cita-cita dan impian untuk dicapai dan dimiliki. Namun takdir yang tersusun sudah termaktub, setiap perjalanan dan destinasi berbeza. Justeru ada yang berjaya mencapai mimpi dengan mudah dan ada juga yang tersungkur ketika ‘melompat’ untuk menggapainya.

Begitulah yang dilalui oleh gadis bertuah, Sophy Ron yang tidak dihantar ke sekolah sehingga beliau berumur sebelas tahun.

Beliau telah dijumpai oleh salah seorang pelajar Cambodian Childrens Fund (CCF) sebuah organisasi pendidikan yang di asaskan di daerah termiskin di Cambodia.

Lebih mengagumkan apabila Sophy telah diberikan biasiswa penuh tajaan CCF untuk pergi ke melanjutankan pengajian asasinya dan telah diterima masuk untuk menyambung Ijazah Sarjana mudanya di University of Melbourne.

Beliau juga diberikan penghormatan sebagai valedictorian untuk menyampaikan ucapannya di upacara penutup di majlis graduasinya.

Pencapaiannya begitu membanggakan untuk seorang yang tidak hadir ke sekolah hingga usia sebelas tahun. Sophy yang dahulunya menghabiskan masa mengutip dan mengasingkan sampai bagi mendapatkan wang untuk ibubapanya.

Dia juga pernah memakan sisa makanan untuk meneruskan kehidupannya.

Begitulah kehidupan, kita tak tahu apa yang bakal menanti kita di masa hadapan. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba.

Diharapkan semoga kisah gadis ini boleh menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai asalkan kita percaya dengan kebolehan diri dan usaha yang tidak pernah putus asa.

Kita tidak akan pernah tahu kemampuan diri kita jika kita tak pernah mencuba. Selain itu, pujian dan penghargaan juga harus diberikan kepada organisasi dan pihak yang prihatin dan baik hati yang membantu golongan susah dan juga memberi peluang untuk mereka memperbaiki kehidupan.

MISI Cambodian Childrens Fund

Mengubah anak-anak yang paling miskin menjadi pemimpin esok. Kami mengubah kehidupan anak-anak yang paling miskin, terpinggirkan dan terlantar di Kemboja melalui pendidikan berkualiti tinggi, latihan kepemimpinan dan program sokongan langsung.

Cambodian Childrens Fund MISSION
Transforming the most impoverished children into tomorrow’s leaders.
We’re transforming the lives of the most impoverished, marginalized and neglected children in Cambodia through high quality education, leadership training and direct support programs.

Sumber : Cambodian Childrens Fund/ nangtime.com

Kredir to belumbalik.com

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*