Mohon Bantuan Dana, Syed Saddiq Terima Lebih Dari RM700 Ribu Dalam Masa 24 Jam “Saya Rasa Nak Menangls’

Pada Hari Khamis lepas bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan berkenaan juga bagi membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya dalam siaran secara langsung (live) di media sosial pada malam Khamis, sewaktu menjawab tuduhan mahkamah yang dihadapinya.

Menurut Syed Saddiq, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Selama ini saya memohon bantuan ramai untuk mereka yang terkesan di Muar, pelajar dari keluarga B40, mangsa banjir… namun kali ini agak jrang berlaku di mana saya memohon bantuan anda untuk bantu saya berhubung wang ikat jamin dan yuran guaman,” ujarnya lagi.

Terdahulu Syed Saddiq dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Dan Semalam agak mengejutkan, dalam masa 24 jam, bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah berjaya menerima sumbangan sebanyak RM715,573.77 dan dibawah adalah buktinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

“Saya berhutang dengan Malaysia. Dalam masa 24jam, sumbangan sebanyak RM715,573.77 dari 9, 836 orang penyumbang.”- ujarnya

Saya rasa Mahu menangls

Walaubagaimanapun, Saddiq mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membuat sumbangan kepadanya akui dana sudah melebihi dari yang diperlukan.

“Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Saya selamanya terhutang budi. Saya tidak akan berhenti sehingga kita berjaya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.”

Pakcik sanggup datang pejabat sumbang RM100

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Saya tutup fundraising kerana dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi.

Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya. Saya rasa mahu menangis.

Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua.” ujarnya

 

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*