Ribut Luar Biasa Di Tanjung Sedili, 8 Sekeluarga Berpelukan Alami Pengalaman Ng3ri selama 30Minit “Ingat M4ti”

TEMPOH 30 minit yang paling men4kutkan!

Begitulah gambaran kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa perkampungan dekat Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada Jumaat petang.

Menurut salah seorang penduduk, Nor Solleh Jamaludin, 24, kediaman keluarganya antara yang turut terkesan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Menurut pemuda yang senang disapa Solleh itu, dia dan keluarganya berpelukan ket4kutan di beranda rumah ketika kejadian.

“Saya tengah tidur, tiba-tiba kakak menjerit panggil dari ruang tamu. Saya nampak angin sangat kuat.

“Masa tu ada lapan orang di rumah. Kami adik-beradik berpelukan ket4kutan, mak saya sampai menangis. Pakcik dan abang saya turut laungkan azan.

“Kami risau pokok kelapa menghempap rumah, ada banyak pokok kelapa sekeliling rumah kami. Disebabkan itu, kami menyelamatkan diri ke kawasan beranda. Ketika itu ayah keluar bekerja,” imbasnya.

solleh1

Menurut Solleh, dia yang sedang tidur dikejutkan dengan kejadian itu sekitar jam 3.30 petang, Jumaat.

Menurut Solleh, dia sekeluarga turut terkejut apabila tiga pokok kelapa tumbang di sekitar rumah sehingga menghempap kereta Perodua Myvi milik abangnya.

Tambahnya, mereka pada waktu itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menunggu ribut kembali reda.

“Sejujurnya ketika kejadian, rasa seperti nyawa di hujung tanduk.”

SOLLEH

“Kalau nak keluar selamatkan kereta pun, ibarat menempah maut. Bila ribut habis tu rasa lega sikit. Tapi sedih sebab kereta musnah macam tu.

“Sejujurnya ketika kejadian, rasa seperti nyawa di hujung tanduk. Saya rasa nak menangis, ingat betul-betul nak mati. Takut ditimpa musibah,” ujar Solleh lagi.

Menurut Solleh, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya memandangkan kampung itu terletak berhampiran pantai, namun ia merupakan yang paling teruk setakat ni.

ribut3

Antara pokok yang tumbang di sekitar kawasan itu.

“Kalau nak dikira, setiap tahun ada macam ni. Biasalah ada musimnya. Sebab kita dekat dengan pantai, dalam 2 kilometer je nak ke Pantai Tanjung Sedili.

“Tapi kali ni angin terlampau kuat. Kejadian sebelum ni tidaklah teruk sangat. Banyak rumah yang terjejas,” ujarnya.

Tambah Solleh, kejadian itu turut dianggap sebagai satu pengalaman menginsafkan buatnya.

Namun katanya, dia bersyukur apabila kediamannya tidak mengalami kerosakan, sebaliknya hanya garaj kereta yang runtuh.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Solleh berkongsi video kejadian menerusi direct message (DM) mStar pada Sabtu.

solah3

Antara kediaman penduduk sekitar yang turut terkesan akibat kejadian itu.

Mengenai dirinya, Solleh sebelum ini bekerja sebagai tukang masak hotel.

Dia kemudiannya berhenti kerja pada April lalu dan kini hanya membantu bapanya di kebun ekoran pandemik Covid-19 yang melanda.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*