B4yi Lelaki Ditemui Dicelah Pelepah Sawit, Digigit Kerengga Masih Hidup

Bayi lelaki yang masih hidup ditemukan dicelah pelepah sawit, digigit kerengga

Semporna: Seorang bayi lelaki dipercayai baharu lahir ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Lahat Lahat, Jalan Tanjung Kapor, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan bayi itu pada 11.30 pagi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemukan dalam keadaan berbalut dengan tuala di celah pelepah sawit.”

“Siasatan awal polis, kita percaya bayi seberat 2.85 kilogram itu baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemukan seorang lelaki yang juga penduduk kampung di situ yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, tiada sebarang dokumen ditemukan bersama bayi berkenaan dan dia dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan.

https://youtu.be/oHY8VtKc-NQ

Sumber : https://www.buletin3.com/

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*