Pend3dahan Ashton Kutcher Dan Mila Kunis Jarang Mandi Tapi Cuci Tempat ‘ANU’ Saja

Los Angeles: Pasangan selebriti, Ashton Kutcher dan Mila Kunis mengakui mereka jarang mandi, sebaliknya hanya membersihkan bahagian sulit saja setiap hari.

Dalam temubual bersama program podcast Armchair Expert, Kunis berkata, mereka juga jarang menyuruh dua anak mereka, Wyatt, 6, dan Dimitri, 4, mandi.

“Saya membesar tanpa alat pemanas air, jadi saya memang jarang mandi. Saya pun bukan jenis yang mandikan anak-anak,” katanya yang juga hanya mencuci mukanya dua kali sehari.

Kutcher pula berkata, mereka hanya membersihkan bahagian yang terkena kotoran sahaja.

“Kalau nampak ada kotoran pada anak-anak, kami akan bersihkan. Kalau tidak, tak perlu mandi,” katanya.

Menurut Kutcher, dia hanya menggunakan air untuk membersihkan wajah walaupun selepas melakukan aktiviti kecergasan.

“Hanya ketiak dan celah kangkang saja, tempat lain tak perlu. Kalau selepas bersenam, saya basuh muka untuk buang garam-garam peluh,” katanya.

Dua anak mereka iaitu Wyatt dan Dimitri besar kemungkinan akan membesar dengan mentaliti sama.

Sebelum Ini Ashton Tak Jadi Ke Angkasa Lepas

Pelakon, Ashton Kutcher terpaksa menjual semula tiket penerbangannya ke angkasa lepas selepas tidak mendapat persetujuan isterinya yang juga pelakon, Mila Kunis.

Dalam temubual bersama portal berita antarabangsa, Kutcher yang sepatutnya terbang bersama syarikat pelancongan angkasa lepas, Virgin Galactic terpaksa akur dengan permintaan isterinya.

“Menurut isteri saya, meneroka angkasa lepas bukanlah keputusan terbaik untuk orang yang berkeluarga dan ada anak-anak yang masih kecil.

“Jadi, saya jual semula tiket saya kepada Virgin Galactic,” katanya.

Bagaimanapun, impiannya untuk meneroka angkasa lepas itu tidak akan pernah padam.

“Saya sepatutnya berada dalam pesawat yang akan terbang tidak lama lagi, tapi nampaknya tidak kesampaian. Namun, satu hari nanti saya akan ke angkasa lepas juga,” katanya.

Virgin Galactic adalah syarikat milik hartawan Richard Branson dan minggu ini sudah memulakan penerbangan bersama pasukannya ke angkasa lepas.

Rombongan itu menaiki pesawat SpaceShipTwo yang proses penghasilannya memakan masa hampir dua dekad.

Setakat ini, hampir 600 individu sudah menempah tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan harga antara RM846,400 hingga RM1 juta.

Sumber : HarianMetrto

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*