VIRAL LELAKI MISTERI BERTONGKAT MEMASUKI LAMAN RUMAH TANPA KESAN.

LELAKI MIST3RI BERTONGKAT MEMASUKI LAMAN RUMAH TANPA KESAN.

Dari rakaman cctv, sawal jam 5.20 pagi, ada proton iswara warna merah plate no PDA 2005 berlegar2 kawasan perumahan kerjiranan saya.
Kemudian, ada seorang lelaki tua bertongkat masuk kawasan rumah jiran depan. Betul2 depan rumah kami.

Jiran depan rumah ni Indian, and diorang ada bela anjing banyak dan seekor anjing hitam yg besar utk jaga rumah, org tua ni boleh buka sangkar dan main dgn anjing hitam besar tu.Anjing-anjing tu semua tak menyalak pun!

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
Biasa anjing kalau bau orang tak dikenali, akan menyalak.

Jiran ni ters3dar sebab dia memang bangun awal masak. Isteri jiran terkejut ada lelaki tercegat dicelah2 pandangan cermin dapur.
Bila lelaki tua tu sedar ada org nampak dia, dia tak lari pun. Dia siap tenung.

Kawasan perumahan ni semua rumah mmg autogate. Tapi wallahu’alam macam mana dia boleh dapat masuk tanpa kopak atau pecahkan gate.

May be an image of car and outdoors

Waktu jiran dan suami dan anak2 dia tegur dan tanya orang tua bertongkat tu waktu dia nak berjalan keluar, dia tak bercakap sangat. Macam orang buat2 bodoh, dan uncle tu macam tak sedar bila lelaki ni, keluar semula dari autogate.. dia cuba kejar tapi tak dapat.

Nak kata dia lompat/panjat pagar, tak berapa logik sebab pagar sgt tinggi dan dia berkain. Dan bila hari cerah, tak ada langsung kesan orang panjat pagar walau pagar di cat putih.

Dari video cctv, kereta Iswara tu reverse laju tanpa lampu waktu jiran cuba kejar. Kemudian kereta tu lesap tak tau kemana.
Dan beberapa hari kebelakangan ni, memang rumah² kawasan kami ni tiba2 blackout dalam 1-2 minit dan alarm saling bunyi² jam 4-5 pagi.

Saya ada beberapa kali terdengar bunyi macam org kuis2 batu kerikil tepi rumah.
Mohon doakan Allah lindungi kami sekeluarga dan kejiranan ini.

Dah buat laporan polis, mengikut pandangan anggota polis tu katanya org gil4, pihak polis tak nampak motif lain lagi.
Tapi mana ada org gil4 masuk rumah org pukul 5pagi tanpa kesan p3cah masuk. Dan macam mana dia boleh masuk autogate, autogate ni tak ada pintu kecil buang sampah tu, takde. Mist3ri nusantara.

Isk.. nak pindah rumah baru, takleh pindah lagi, renovate tak gerak sebab pkp.
Ser4m jugak tengok muka “dia”.

UPDATE TERBARU PADA 10AM

Wakil wartawan Kosmo dan Sinar harian dah datang interview. Nanti korang baca lah. Video ada, tapi saya tak post sebab privacy kejiranan. Foto2 ni di post sudah dengan persejutuan kejiranan.Bukan hantu. Orang. Mungkin cubaan pukau dan romp4kan.
Mulut dia kumat kamit, menurut auntie jiran saya, bahasanya ala2 bahasa kehinduan+kejawaan. bukan bahasa melayu bakulah.

Jiran pun syak dia ala2 bomoh.Kalau saya post video, lagi ser4m cara dia bergerak. Kalau tuan rumah beri video2 pada sinar or kosmo, nanti mungkin mereka boleh post dan semua boleh tengok.

Polis Tampil Beritahu Siapa Pakcik Bertongkat

Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berb.ogel di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika keja.dian.

“Lelaki itu juga mengalami m.asalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya. Bagaimanapun tiada ti.ndakan diambil berhubung kejad.ian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam keja.dian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dip.ukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.

Apa yang menjadi m.isteri ialah pagar rumah itu dikunci a.utomatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terb.abit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan k.opak pada pagar.

Sumber : Zulhafidz Yahaya & HarianMetro

Lokasi : Taman Cengal Jaya, Sungai Petani

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*