
Berlaku kekec0han ketika dem0strasi berarak menuju dataran merdeka sampai Ketua P0lis KL turun padang
Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang keluar barisan ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kekecohan.
Mereka juga dilihat bertindak 4gresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.
Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak p0lis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.
Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.
VIDEO
Peserta dem0nstrasi berkumpul di LRT Masjid Jamek
Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan.
Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.
Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.
Semalam, Harian Metro melaporkan satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata demikian terhadap mereka yang merancang untuk menyertai demonstrasi #Lawan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, pada Sabtu.
Beliau memberi amaran bahawa mereka yang melanggar SOP bakal berdepan tindakan polis.
Azmi dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dan pemberitahuan dari mana-mana jawatankuasa penganjur berhubung perhimpunan itu.
Terkini, peserta demonstrasi mula begerak dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Dataran Merdeka.
Sumber: HM online
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply