Isteri bntah terok jaga mak saakit sbb spttnya adik pmpuan sy jga. Klu prlu plh, sy plh mak dri isteri. Maaf istriku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, mohon pandangan, pendapat atau kriitikan terutamanya dari kaaum2 isteri. Mohon bantu saya insan yang tersepit dan keliru, Saya berumur 40++ berstatus suami dan mempunyai 3 orang anak. Bekerjaya dan professional. Isteri seorang suri rumah. Alhamdulillah, kami memiliki segalanya rumah, kereta, anak yg baik dan bijak dan dah tunai ibadah haji pada usia yg muda.

Permasalahan bermula kira-kira 3 bulan lalu. Bapa saya telah lama meninggl. Ibu berusia 70+ mengalami str0ke dan berada di hspital.

Selama beberapa bulan, kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ibu di hspital. Hati budi masing2 saya pun tak tahu, tapi saya menjaga ibu dengan penuh ikhlas.

Sekarang dktor dah inform akan boleh disch4rge dan masa untuk kami membuat keputusan di rumah siapa ibu akan menyambungkan rawatan, namun masing2 memberikan seribu satu alasan.

Untuk makluman, kebayakkan adik beradik saya adalah perempuan dan semuanya berjaya. Saya tak mahu untuk bergduh, bermasam muka dan amik keputusan untuk membawa ibu pulang kerumah saya.

Sudah dirancang untuk disiapkan bilik tetamu, dipasangkan aircond tambahan, cat semula, beli tv dan katil baru untuk keselesaan ibu. Ibu pun excited bila tahu akan discharge.

Namun apabila keputusan ini dikongsi kepada isteri, rupanya dia membangkang terok katanya dia tak mahu ibu saya itu tinggal di rumah kami.

Katanya sebaiknya tinggal di rumah anak perempuan sebab mudah untuk urusan2 ke tandas. Sampaikan kami bergduh besar disebabkan perkara ini. Isteri ugot untuk lari rumah sekiranya saya meneruskan hajat.

Maka keluarlah macam2 kata kejian pada adik beradik perempuan saya. Allah akbar, saya tergamam, tak pernah terpikir sampai begini. Isteri saya seorang yang baik dan lemah lembut, tak pernah dia bersifat begini.

Saya terkedu, keliru tak tahu apa mahu buat. 2hari saya pulang rumah selepas tengah malam, alasan kerja banyak dan jumpa client.

Yang sebenarnya saya hanya ada diopis berseorangan dan berfikir. Terfikir juga andai ibu mertua saya pulak yg skit begini, saya tidak ada halangan untuk menjaga.

Tapi kenapa isteriku jadi begitu? Adalah semua kaaum isteri tidak mesra dengan mak mertua, hanya wayang di depan?Tak boleh dianggap seperti ibu sendiri? Kalau perlu dipilih, saya tak ada pilihan, ibu tetap diutamakan. Maaf isteriku.

Kisah ke 2 lebih menyedihkan dan meruntun jiwa pembaca, baca perkongsian di bawah

Salam sejahtera kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca luahan hati aku. Maaflah aku tak pandai menulis cuma aku harap message tak seberapa ni dapat dinilai baik netizen-netizen.

Aku perempuan 30-an, belum berkahwin, kerja apa adanya. Latar belakang keluarga pulak tak berapa nak cantik sebab dalam kamus hidup aku cuma ada mak dan adik-adik sahaja walaupun ayah tu masih wujud.

Ayah aku hanya dekat dimata tapi jauh sangat rasanya perasaan nak berkasih sayang antara kami sebab tak biasa, sebabnya dia pun ada keluarga lain yang yang dia pilih untuk sayang. Long story short ayah dan mak berpisah masa aku dan adik-adik masih kecik.

Jadi sepanjang proses pembesaran kami hanya ada emak secara fizikal dan rohani. Hidup kami simple. Tak ada buat cara tak ada.

Kalau ada, enjoy lah sikit-sikit sesama anak beranak. Nasib mak aku baik sikit sebab kerja badan berkanun yang ada bonus tahunan. Dapat la tanggung aku dan adik-adik.

Makin lama makin senang sikit sebab aku dan adik dah habis belajar dan dah bekerja. Start bila aku kerja, selalu la belanja apa-apa yang dulu-dulu teringin tu.

Happy je rasa. Walaupun kerja aku terok tapi bila fikir dengan duit gaji tu boleh happykan dia, aku pun happy.

Mak aku bukan mata duitan sebab bila aku bagi dia akan simpan dalam satu akaun (ni pun adik aku yang bagitahu last last). Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun rutin aku hanyalah ada agenda nak bawak mak makan mana, bawak mak jalan mana, mak nak apa…

Aku bukan anak manja mak tapi setiap minggu atau dua minggu sekali aku akan balik rumah mak. Nak kata tak boleh hidup sorang tak jugak sebab kalau hari bekerja aku rileks je boleh makan kat kedai sorang-sorang.

Tengok wayang sorang pun pernah je. Bila aku balik rumah pun bukan buat apa, just sebab nak tengok mak.

Sampai satu masa mak aku bagi hint tanya aku nak kawin bila. Aku cakap, tak fikir pun dan kalau aku ditakdirkan kawin, aku ngan mak tak boleh selalu jalan -jalan & makan-makan macam ni. Mak aku cakap pandai-pandai lah nanti dia isi masa lapang sendiri.

Masa pun berjalan, sampai mak pencen dan menikmati free time dia. Lagi macam-macam plan kami anak beranak.

Aku cuba untuk tunaikan mana yang sesuai dengan masa & keadaan aku sebab sayang mak kan cuba lah mana yang mampu. Tapi, Tuhan lagi sayang mak aku.

Mak aku mngal lepas batuk dan demam selama sebulan on/off. Doktor ingat influenza mula-mula tapi last dignosed severe pneumonia.

Banyak persoalan dalam kepala otak aku. Sebab aku prioritizekan mak aku dari perkahwinan ke Tuhan ambik mak aku cepat sangat?

Sebab tre4tment lambat ke? Sebab pergi macam- macam tempat ke jadi jangkitan kuman apa pun tak tahu?

Dunia aku rasa kosong. Rumah sunyi sepi. Aku harap ni semua mimpi. Aku cakap dalam hati mak aku pergi keluar rumah kejap.

Tapi bila aku cari mak aku hari-hari tak ada jugak kat bilik dia, aku nangis tapi tak keluar air mata sebab ada adik aku kat rumah.

Kalau adik aku nangis tak apa, aku pujuk la bagi kata-kata positif. Janji jangan aku menangis sudah kang aku nangis semua susah hati pulak.

Sekarang aku pujuk hati aku cakap mak aku pergi vacation lama sikit. Doakan aku terima qada dan qadar ni dengan cepat. Aku tengah meredhai pemergian mak aku yang aku kira sangat drastik ni.

Nasihat aku, yang ada mak ayah tu berbaktilah selagi boleh. Jangan menyesal dikemudian hari. Kalau sekarang ni lepas habis baca post aku ni, call mak ayah tanya khabar.

Yang ada depan mata tu pluk c1um lah selagi badannya panas bernyawa. Kita tak tahu bila sampai, masanya. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku, Rindu mak.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Rozi Ariff, Saya dah lalui semua tuuu…saya tahu perasaan anak-anak perempuan..xsama..tpi walau anak lelaki atau perempuan wajib jga ibubapa yg dah tua…. mertua pun sya jga..sbb anak yg lain xsuka bila mak menyusahkan.

mak sendiri pun sya jga sbb anak2 lain ada alasan tersendiri….redha ibu redha Allah…kita belum tahu nanti kita dah tua .. apa kah kita akan alami nasib yg sama.

Suami yg baik akan dapat isteri yg memahami dan sebaliknya…bincang elok-elok..nasihat .tnya masalah nya ..klau isteri xmampu cari pembantu. Itupun klau awak mampu.

Ikhlas itu yg penting….kena bantu membantu …mertua str0k .mak skittua dah kembali kePenciptaNya .Moga tenang disana. Aamiin..

Sheila Sunam, tinggal dgn ko, boleh. tapi minta dgn adik beradik lain upah byr pembantu yg boleh jaga ibu..takkan harap isteri ko yg urus juga.

sudah la nak urus rumah, anak2…setakat sebut “saya yg jaga” senang. tapi akhirnya yg urus ibu ko, makan minum dia, mandi, cuci berak kencing dia sepa? isteri ko juga kan?

Dik Mie, Anak lelaki…tanggungjawap pada mak seumur hidup…mmng betul pilihan saudara utk bawa mak blk ke rmh memandangkn adk beradik prmpn saudara lps tgn.

Tp minta mereka bantu utk byr upah pembantu jgn saudara berlembut & bagi muka…tntng isteri tu…cuba pujuk & ckp yg baik2…ambik pembantu utk bantu isteri jaga mak.

bila blk keje ambik alih tugasan isteri…bgi isteri rehat pulak…insya’allah sy doakn yg baik2 utk saudara suami isteri…semoga Allah buka hati isteri saudara utk sama2 berbakti pd mertua…aamiin

Ainur Bahri, Sy takut isteri nanti seolah2 diperhambakan pula. Padahal ank perempuannya byk. Dlm hal ni suami kena adil. Sblm kecik hati dgn isteri patut awk kcik hati dgn adik beradik awak dulu. Jgn smp isteri terasa dirinya spt hamba.

Nur Amina, Awak berkemampuan. Ambik la pembantu untuk uruskan mak awak. Kalau awak ambik letak mak kat rumah ibarat sepenuhnya la isteri awak jaga sedangkan awak keje balik pun lewat.

Mungkin isteri awak tak sanggup sebab dengan anak2 lagi. Sepatutnya kena bersepakat dengan adik beradik lain. Kalo awak nak jaga tapi 100% bini buat sian jugak die melainkan awak pun uruskan sekali.

Rafi Husin, Bini itu amanah lepas kau lafaz ikad nikah dlu,dan ibu kau tanggjwb kau untuk jaga..isteri bukan diperitahkan untuk menjaga mentua sedangkan dia ada anak perlu diurus tapi kalau anak2 smua suda besar dah pandai urus diri eya.

Mgkin isteri kau kna tlg jaga jagakan tp bukan 100% dia yang jaga mentua kalau kau mampu kenapa x cari pembantu urus mama sendiri isteri tu hanya tlg2 tgk2kan kau x tau mama kau dlu masa sihat layan bini kau.jaga ibu itu tanggjwb kau sebagai anak,

dan begitu jg isteri kau tanggungjwb dia kepada ibu bapa dia bukan kepada mentua..kalau x blh handle dua2 wanita ni kau lelaki gagal n you are loser..kadang lelaki x faham perasaan isteri.mentua tetap mentua..

Ibu kandung tetap ibu kandung anak sendiri pun bagi banyak alasan mau jaga ini kan pla hanya menantu..kau blh cakap bila mentua kau yg skit kau xda masalah nak jaga psal yang skit itu mama kau skrg.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*