Pelakon Yg Lan.tang Ikut Berhimpun Di Dataran Merdeka Sudah Viral – Netiz3n

Akhirnya jumpa jugak pelakon yang lan.tang ikut berhimpun di dataran merdeka. Ramai tak sangka dia rupanya – N3tiz3n

Semalam (Sabtu) telah berlangsung perhim.punan ‘Keluar dan #La.wan’ di sekitar Dataran Merdeka yang dianjurkan bagi menunjukkan sol.adiriti rakyat terhadap rakyat .

Turut tular, seorang pelakon yang dikatakan turut menjadi peserta perhim.punan aman tersebut bersama 400 orang individu lain.

Pelakon yang dikaitkan netizen dengan perhimpunan tersebut ialah Fahad Iman kerana dia di antara yang terbuka berkongsi mengenai ‘bendera hitam’ dan #lawan.

Malah menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Instagram (IG) Fahad, pelakon Suri Hati Mr.Pilot itu turut memuat naik beberapa foto ketika menyertai perhimpunan tersebut.

 

Selain itu, Fahad turut menggunakan foto bendera hitam dan menulis perkataan #lawan di ruangan bio IGnya.

 

Semalam, media melaporkan sekumpulan individu mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, kira-kira jam 11 pagi.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam dilihat membawa bendera hitam, selain sepanduk menunjukkan protes terhadap kerajaan serta replika jen44zah.

Polis turut dilihat melakukan pemantauan melalui udara menggunakan helikopter selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi.

Polis siasat dalang perhimpunan di ibu negara

Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya mengesan penglibatan kumpulan itu yang didalangi oleh individu sama sebagai penghasut bertujuan merosakkan imej negara.

Menurutnya, tindakan diambil terhadap mereka menyertai perhimpunan itu dan ia diumumkan dari semasa ke semasa.

“Saya tengok mereka ini adalah individu-individu yang sama melontarkan kemarahan apabila kerajaan membenarkan kilang beroperasi, namun individu ini juga yang mengarahkan dan menghasut supaya semua orang turun berkumpul.

“Jika diteliti, kita akan faham bahawa kumpulan-kumpulan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan keadaan serta menimbulkan kegusaran kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

 

Menurut Hamzah, ketika tempoh pandemik Covid-19, sepatutnya rakyat sedar terhadap bahaya penularan wabak Covid-19 terutamanya varian Delta yang mudah merebak dengan cepat melalui udara.

“Mereka ini sudah tahu bahayanya varian ini kepada masyarakat namun pada masa yang sama mereka juga yang mengajak orang ramai untuk berkumpul.

“Adakah mereka ini double standard dalam mematuhi SOP atau sememangnya kebal daripada varian ini,” katanya.

 

Terdahulu, Hamzah menyerahkan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara berjumlah RM26,000 kepada Ida Marsita Harun, 45, iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Mohamad Nasrul Othman,47, yang bertugas di penjara Alor Setar yang meninggal dunia pada 28 september tahun lalu akibat Covid-19.

Dianggarkan antara 400 sehingga 450 orang berpakaian serba hitam berhimpun dalam protes #Lawan di Dataran Merdeka di ibu negara hari ini bagaimanapun, protes berkenaan dapat disuraikan secara aman.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan oleh peserta perhimpunan itu seperti ‘hidup rakyat’, ‘bangkit anak muda dan ‘kerajaan gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan.

 

Sumber: Gempak | Utusan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*