“Kami juga manusia“ Ini Luahan Petugas PPV Dan Mohon Masyarakat Henti Cari Salah Mereka

Pemberi vaksin mohon masyarakat henti cari s4lah petugas PPV! “Kami juga manusia“

SETIAP manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesil4pan. Namun, kesil4pan tersebut tidak seharusnya disebarkan serta dijadikan alasan untuk kita berterus-terusan memberikan tekanan terhadap emosi pihak terbabit.

Itu antara luahan perasaan vaccinator atau mereka yang ditugaskan untuk memberi vaksin susulan penyebaran video pemberian suntikan kosong di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sejak akhir-akhir ini.

Berkongsi pengalaman mereka, seorang doktor perubatan awam yang enggan dikenali berkata, masyarakat perlu bersikap lebih bertimbang rasa serta memberi sedikit ruang kepada petugas yang berhempas pulas melaksanakan tugas bagi memastikan aspirasi negara mencapai herd immunity tercapai.

“Ada PPV yang bekerja tujuh hari seminggu sebab pihak atasan nak kejar numbers (suntikan), pada saya tidak adil untuk kita mengharapkan sesuatu yang 100 peratus sempurna.

“Sudah lebih 20 juta dos yang diberikan dan jumlah suntikan kosong yang diviralkan cuma ada beberapa kes, berapa banyak sangat jumlah peratusan tersebut, adakah sampai satu peratus? Jadi adilkah untuk masyarakat meneliti kerja kami sampaikan nak kena ambil video sebagai bukti?

“Kami rasa macam marvah kami tercalar sangat, kami semua ada lesen yang diiktiraf, ya kami melakukan kesil4pan, bila kami sedar kami akan sentiasa memperbaiki diri tapi tolonglah jangan scrutinise kami secara berlebihan, malahan ada yang persoalkan kenapa jarum suntikan diambil dari ice box,” luahnya yang sudah 18 tahun berkecimbung dalam bidang perubatan ini.

Malah terdapat juga kes yang mana vaksin telah diberikan setelah aduan dilakukan namun video masih tetap diviralkan.

“Kami buat s4lah, tindakan telah diambil untuk memperbetulkannya jadi apa tujuan video tersebut diviralkan?,” soalnya.

“Saya tak nafikan ada beberapa perkara mungkin kita boleh tambah baik tapi viralkan perkara-perkara seperti ini tidak membantu,” katanya.

maxresdefault

Antara kes-kes suntikan kosong yang tular di media sosial.

Situasi di PPV tidak kondusif

“Macam contoh kes di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini, keadaan panas, Malaysia ni panas, jadi bila buat drive-thru memang terasa bahang, melainkan ada sistem pengudaraan yang baik,” katanya antara punca kejadian seumpama itu berlaku kerana situasi tidak kondusif di PPV.
CITF-vaccine
Kes suntikan kosong yang berlaku di Kedah sebelum ini.

Menurutnya, tindakan kerajaan membenarkan penerima vaksin untuk merakam video suntikan telah menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan di salah sebuah PPV.

“Selepas Khairy Jamaluddin umum orang ramai boleh rakam video, berlaku sedikit kekecohan di PPV, ada penerima vaksin yang kata proses untuk sedut vaksin dari botol kena dibuat depan penerima vaksin.

“Sampai bila kita nak layan hal seperti ini, di mana sempadannya? Kita nak puaskan hati siapa sekarang?,” katanya.

Petugas perlu ikuti pelbagai prosedur

Jelasnya lagi, petugas di pusat vaksin terpaksa berhadapan dengan pelbagai prosedur bermula dari saat vaksin diambil sehingga selesai vaksin disuntik kepada penerima.

“Pusat Simpanan Vaksin kami agak jauh, jadi kami perlu bertolak sehari sebelum untuk ambil vaksin dan bila kita bawa keluar sahaja vaksin dari pusat simpanan kita perlu log data keluar dan perlu maklumkan suhu fridge masa kita buka, dan kami kena susun vial betul-betul untuk pastikan ada pemisah dan kalau nak susun bertindih pun ada caranya.

“Dulu kami ada 120 jam sahaja untuk habiskan kesemua stok yang diambil cuma baru-baru ni tempoh masa tersebut telah dipanjangkan kepada 31 hari.

“Bila sampai ke PPV, selalunya yang ambil vaksin tiga orang iaitu ketua jururawat, jururawat dan paramedik, jadi mereka perlu masukkan dalam top loading fridge dan kita perlu rancang bila nak buka peti untuk memastikan ia berada pada suhu dua hingga lapan darjah celcius,” katanya

(BRIEF CAPTION) Finance analyst Yeap Sim Ho, 28, (left) looking at the syringe that contains the prescribed dose of vaccine before being vaccinated at the AstraZeneca Opt-In Vaccination Centre at Spice Arena in Bayan Lepas. ( July 23,2021 ). — ZHAFARAN NASIB/The Star

Yeap Sim Ho, 28, (left) melihat picagari yang mengandungi dos vaksin yang sepatutnya sebelum diberi suntikan.

Sehubungan itu, katanya, agak mustahil juga bagi seseorang itu bertindak mencvri bekalan vaksin untuk dijual.

“Vaksin yang telah dibawa keluar hanya boleh bertahan selama enam jam, kalau yang kita dah dilute mampu tahan selama dua jam manakala yang telah kita masukkan pada jarum mampu bertahan selama dua minit.

“Sebelum suntik kita kena pastikan tidak ada benda asing dan kalau katakan ada kita kena hantar balik vaksin tersebut bukan boleh bawa balik, vial yang telah digunakan juga perlu sama dengan jumlah pesakit yang menerima suntikan,” jelasnya.

Terpaksa layan ragam masyarakat

Menurutnya, adalah tidak adil untuk sentiasa meny4lahkan petugas terutama sekali kerana mereka juga datang ke PPV dengan pelbagai ragam.

“Ada antara mereka yang memilih vaksin, tak nak AstraZeneca, nak Pfitzer je, lepas tu yang tukar telefon lepas tu register bawah telefon mak tapi bila datang untuk ambil vaksin tak bawa telefon tu.

“Ada juga yang telefonnya tak boleh install MySejahtera sebab handphone penuh dengan games,” katanya.

KUALA LUMPUR, 31 Julai -- Pengguna MySejahtera kini boleh memperbaharui aplikasi terbaharu pada telefon pintar masing-masing.Aplikasi ini telah dilengkapi dengan ciri baharu yang disempurnakan dalam membantu dan juga menentang penyebaran COVID-19. Pengguna kini akan dipaparkan tiga ikon baharu di laman utama aplikasi, iaitu Ujian Diri COVID-19, Kemudahan Kecemasan, dan Kesihatan.
Ikon Ujian Diri COVID-19 memaparkan tiga kit ujian kendiri yang berbeza yang boleh dibeli, iaitu Kit Ujian Rapid Antigen Salixium COVID-19 (RM39.90), Gmate COVID19 AG Salive for Home Use (RM39.90) dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (RM29). Pengguna kemudian akan dibawa ke platform e-dagang farmasi untuk melihat lebih banyak perincian mengenai produk dan boleh dibeli secara pembelian atas talian melalui aplikasi tersebut.
Terdapat juga ikon Kecemasan untuk membuat panggilan 999, sementara ikon Kemudahan Kesihatan bertujuan untuk membantu pengguna mencari kemudahan pemeriksaan kesihatan terdekat. 
-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Petugas terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam termasuk mereka yang gagal install mySejahtera disebabkan ruangan telefon dipenuhi games.

Sementara itu, seorang jururawat yang bertugas di PPV berkata, dia pernah menunggu sehingga dua jam kerana penerima vaksin gag4l menepati masa temujanji yang diberikan.

“Kami tak boleh buka selagi jumlah penerima tak cukup contoh macam Pfitzer, satu vial boleh suntik enam orang, jadi bayangkan kadang-kadang bukan kami sahaja, tapi lima lagi penerima terpaksa menunggu lama.

“Ada juga penerima vaksin yang kami telefon tak berjawab, seolah-oleh mereka sengaja matikan telefon, jadi semua ini menyebabkan tugas kami tergendala,” ujarnya yang mempunyai enam tahun pengalaman.

Cabaran suntik hampir 100 individu sehari

Menurutnya lagi, kepenatan untuk menyuntik beratus bahkan beribu penerima vaksin bukan alang kepalang.

“Staf yang melakukan kesilapan tersebut tidak patut dik3cam atau dihlna, mesti ada sebab ia berlaku dan mustahilah sepanjang memberi suntikan dia melakukan kesilapan kan?

“Pada saya kalau yang terlupa tekan tu mungkin sebab mereka overwork, boleh jadi kekurangan staf untuk rotation. Kami yang suntik 250 orang (dibahagi antara 6 orang vaccinator) pun penat apatah lagi di PPV yang perlu suntik beribu-ribu penerima vaksin,” katanya.

“Sudah lebih 20 juta dos diberikan dan jumlah suntikan kosong yang diviralkan cuma ada beberapa kes. Jadi adilkah untuk masyarakat meneliti kerja kami sampaikan nak kena ambil video sebagai bukti?.”

– Doktor perubatan awam

Menurutnya, tindakan mengambil video bagi tujuan untuk diviralkan bukan sahaja mengganggu kelancaran tugas mereka bahkan turut menggugat privasi mereka sendiri.

“Kalau sekadar untuk simpanan sendiri tak apalah, ada banyak cara lagi untuk memastikan suntikan itu betul-betul diberi, contohnya penerima boleh tengok picagari sebelum, semasa dan selepas suntikan,” katanya.

Lay Yee Wah, 25 (0124779800) recording her Covid-19 injection at Sunway Pyramid Convention Centre PPV. Publics were encouraged to take videos of their Covid-19 injections at vaccination centres (PPVs) as incontrovertible proof of their jabs, amid recent reports of empty syringe incidences. — YAP CHEE HONG/The Star

Lay Yee Wah, 25 merakam proses vaksinasinya di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Kekal bersemangat

Disebalik kontr0versi yang berlaku, dia bagaimanapun kekal bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Saya suka program sebegini, saya rasa bersemangat sebab nak bantu kerajaan dan rakyat supaya dapat vaksin lengkap, jadi kita semua boleh bebas daripada virus ini dengan segera dan dapat menjalani kehidupan normal macam dulu,” katanya.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*