Ramai Teruja Bila Anak muda ini Kongsi View Indah Lagi Mendamaikan Di Belakang Rumahnya

LAR4NGAN rentas negeri sejak pandemik Covid-19 melanda ternyata memberi kesan kepada kita semua.

Lebih pilv, anak perantau juga sudah sekian lama tak dapat pulang ke kampung halaman sehingga terlepas untuk meraikan lebaran dengan keluarga.

Namun, perkongsian video-video suasana kampung dan sawah sawah padi oleh seorang jejaka di TikTok sedikit sebanyak dapat menjadi pengubat rindu buat mereka semua.

Kata netizen, video-video yang dikongsi oleh Muhaimin Md Isa diibaratkan seperti ‘virtual tour’ yang membawa mereka menelusuri pemandangan indah suasana desa.

Bercakap kepada mStar, Muhaimin Md Isa, 21, dari Kampung Pida 5 Atas, Air Hitam, Jitra, Kedah tak menyangka video perkongsiannya akan menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

Jelasnya, dia sudah menetap di kediaman itu sejak kecil lagi dan bersyukur dapat menikmati keindahan alam yang mendamaikan jiwanya.

“Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), nak cari kerja part-time pun susah. Tak tahu nak buat apa, jadi saya mula buat TikTok awal bulan ini.

muhaimin3

Pemandangan di sekitar rumah keluarganya.

“Pada awalnya saya tak tahu nak kongsi video apa. Tiba-tiba tergerak hati nak tunjuk view sawah padi di belakang rumah dan view suasana petang-petang.

“Saya terkejut video jadi viral. Ramai minta saya tunjukkan bendang. Mereka kata rindu dengan suasana kampung dan minta hasilkan lebih banyak video.

Bila masuk bendang, rasa selesa. Boleh hilang stres tengok pemandangan hijau.

MUHAIMIN

“Ada juga yang minta saya masuk ke bendang dan tunjuk dengan lebih dekat. Saya cuba penuhi permintaan mereka,” ujarnya.

Dia yang mesra disapa Muhaimin mendedahkan sawah padi di sebelah kediaman keluarganya dimiliki oleh bapanya.

muhaimin5

Kata Muhaimin, dia tenang dapat melihat pemandangan sawah di sekitar rumahnya.

Malah kata Muhaimin, dia juga sudah terbiasa membantu bapanya dalam urusan tanaman padi sejak kecil lagi.

“Ia memang bendang ayah, sebab tu saya berani masuk untuk rakam video. Sejak zaman kecil lagi, setiap kali tabur padi, tabur baja dan sebagainya, saya akan tolong ayah.

“Sejujurnya sangat seronok rumah dekat sawah. Bila masuk bendang, rasa selesa. Boleh hilang stres tengok pemandangan hijau.

muhaimin2

Sawah padi itu diusahakan bapanya sejak dulu lagi.

“InsyaAllah nanti saya akan buat video bila padi dah keluar. Ada netizen minta video nak tengok mesin padi, mereka juga nak tengok saya mengail,” ujarnya anak bongsu daripada enam beradik itu.

Dedah Muhaimin, pada tahun 2017 dia turut berdepan pengalaman ngeri apabila terjatuh daripada mesin pembajak padi.

muhaimin4

Kediaman keluarga Muhaimin.

“Saya biasa naik jentera pembajak dengan ayah. Masa tu saya kecil lagi, masih sekolah rendah. Saya jatuh masa ia bergerak, mujur tak kena pemutar di belakang.

“Itu pengalaman tak boleh lupa. Tapi banyak yang seronok bila masuk bendang. Bila habis menuai padi, kami mengail dan main wau. Saya buat wau sendiri dengan abang,” ujarnya berseloroh.

Mengenai dirinya, Muhaimin merupakan penuntut bidang Elektrik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah yang bakal menjalani latihan industri pada September ini.

 

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*