(Video) Sosok 3 Beranak Yang Sangat Famous Di Jalan Gua Musang Kelantan Berjaya Dirakam

(Video) Sosok 3 Beranak Yang Sangat Famous Di Jalan Gua Musang Kelantan Berjaya Dirakam

Satu video meny3ramkan yang memaparkan kelibat entiti yang tidak dikenali di sebuah jalan raya.

Video tersebut asalnya dimuat naik di akaun TikTok bernama @phr_77, namun ianya telah dikongsi dan menjadi tular di akaun Twitter bernama @mrcreepyposta.

Menurut akaun Twitter tersebut, kejadian itu dirakam di sebuah jalan yang terletak di Gua Musang, Kelantan.

Dalam rakaman video dashcam itu, pemandu kenderaan berkenaan telah melalui satu jalan yang kosong dan gelap.

Jam pada rakaman dashcam tersebut menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 5.26 pagi.

Dalam rakaman tersebut dapat dilihat bahawa terdapat sebanyak 3 entiti yang tidak boleh diperjelaskan seakan sedang berjalan dalam gelap di jalan itu.

“Khabarnya mereka ini tersohor di seluruh tanah jajahan Kelantan. Komen seorang netizen: ‘Situ memey ado dari dulu lagi tigo beranok. Jupo denge tak jupo jah. Guo Sejok tempat sek-sek dia belako tu’,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Entit! yang pertama dapat dilihat berpakaian serba putih manakala yang lagi dua tidak jelas.

Turut dapat diperhatikan bahawa pemandu tersebut bergerak ke kanan sedikit sewaktu memandu melepasi kelibat tersebut seakan-akan khuatir mel@nggarnya.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah kelibat itu sebenarnya serta kesahihan video tersebut. Namun begitu, ianya telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 700 ribu di akaun TikTok berkenaan dan lebih 4 ribu tontonan di akaun Twitter tersebut.

Sumber : Sumber : mrcreepyposta / siakapkeli

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*