Selepas Taukeh dan Shahrol Shiro, netizen mula petik nama Joey Daud, sekali isteri dia Watie Elite tampil dengan kata2 padu

Netizen masih berteka teki tentang siapakah pelawak yang pernah jadi Naib Juara Maharajalawak Mega dan berumur 40an.

Antara nama nama yang dipetik adalah Tauke Jambu dan Shahrol Shiro tetapi netizen memetik satu lagi nama iaitu Joey Daud daripada kumpulan Joras.

Tauke Jambu telah keluar kenyataan bahawa dia tidak terlibat dan Shahrol Shiro juga telah pun mengeluarkan kenyataan.

Dari semalam Joey Daud tidak menunjukkan apa apa aktiviti di akaun sosial media beliau dan netizen mula merasakan pelawak yang ditanggkap adalah Joey Daud.

Hari ini isteri Joey Daud telah memuatnaik satu video menunjukkan bahawa suami dia elok je duduk kat rumah. Video yang dimuatnaik di instagram story Watie Elite jelas menunjukkan Joey berada dirumah.

“Elok je laki i ada kat rumah, kenapa cakap laki i ok ke tak ok” – Watie Elite

Dalam video tersebut kelihatan Joey Daud sedang bermain patung gajah.

Jadi siapa sebenarnya pelawak tersebut? Netizen kembali berteka teki dan pihak poliss tiada keluarkan apa apa kenyataan rasmi mengenai identiti pelawak tersebut.

-Update Terkini dari PDRM-

Pemerdagangan manusia: Pelawak bebas dengan jaminan polis

Seorang lelaki yang dipercayai pelawak terkenal dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas ditahan sejak Ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dan eksploitasi se.ks di Kuala Pilah.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, siasatan kini masih berjalan seperti biasa sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Selepas keterangan individu berkenaan diambil, kita telah membebaskannya pada semalam.

“Bagaimanapun siasatan lanjut tetap dijalankan seperti biasa sebelum kes itu dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki terbabit dipercayai pelawak berusia 40an itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah menerusi serbuan Op Pintas.

Difahamkan, polis turut berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau sewaktu serbu4n berkenaan. Polis turut memberitahu, lelaki tersebut turut berdepan tindakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan siasatan masih kekal mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyelu.dupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan huku.man pen.jara tidak lebih 15 tahun serta den.da jika sabit kesalahan.

Justeru, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi agar tidak mengganggu siasatan.

“Kita (polis) tidak tahu dia pelawak jadi jangan keruhkan keadaan bagi ruang pada pihak polis selasaikan siasatan.

“Walaupun telah bebas tetapi siasatan masih berjalan jadi saya mohon orang ramai jangan buat spekulasi,” katanya lagi.

 

Sumber Rujukan : Astro Awani | G Watie Elite | IG Joey Daud

Artikel: ASN via EE sohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*