Ramai mula tanya siapa pelawak terkenal yang kena tangk4p, Sekali Zizan Razak tampil dengan jawapan yang tak disangka

Pelawak terkenal terlibat dengan pemerdagang4n manusia, laporan p0lis mula tersebar, tertera nama huruf ‘Z’

Pada petang Selasa, industri hiburan digemparkan dengan isu seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, pada Ahad lalu.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memberitahu, dia tidak akan mendedahkan identiti rakan pelawak yang disiasat berhubung kes pemerdagangan manusia bagi menutup aib individu tersebut.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, dirinya dihujani pertanyaan berkenaan identiti sebenar pelawak yang disiasat itu, termasuklah melalui mesej secara terus (direct message) di laman sosial Instagram.

“Ada yang mesej saya secara peribadi tanya siapa (pelawak) yang terlibat, tetapi saya memang tidak tahu.

“Saya pun terkejut dengan apa yang dilaporkan dan malam baru saya semak mesej serta Google berkenaan isu tersebut. Saya pun tanya orang dan orang lain pula tanya pada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program sumbangan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Zoo Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Baru-baru ini, seorang pelawak ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, lelaki berusia 40-an berkenaan diberkas dalam serbuan Op Pintas yang dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) daerah selepas hasil risikan dan maklumat pihak polis.

Mengulas lanjut, Zizan berkata, sekalipun mengetahui identiti pelawak terlibat, dia memilih untuk ‘menutup mulut’ bagi menjaga aib rakannya.

“Pada saya, kalau saya tahu pun saya lebih memilih untuk menutup aib. Jadi, pada saya, sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pandai-pandailah selesaikan masalah itu.

“Saya harapkan yang baik-baiklah untuk rakan-rakan pelawak ini,” katanya.

Sumber: utusan

Tauke Nafi Terlibat

Sejak tularnya isu tersebut, pelbagai spekulasi telah berlegar-legar di media sosial mengenai siapakah pelawak yang dimaksudkan. Malah, nama pelawak Tauke turut disebut-sebut sebagai suspek.

Bagaimanapun,seperti yang dilaporkan Harian Metro, Tauke menafikan bahawa dia mempunyai kaitan dengan penangkapan yang dibuat.

Malah isterinya, Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit dan berada disisinya ketika ini.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya kepada portal akhbar tersebut .

Laporan Polis Tersebar

Dalam perkembangan berkaitan, tular pula tangkap layar laporan polis yang tertera sebutan kes serta nama suspek. Dalam laporan tersebut kelihatan nama suspek bermula dengan huruf Z beserta nombor kad pengenalannya bersama.

Turut dinyatakan, polis turut merampas sebuah kereta, 6 bungkusan kondom,wang tunai berjumlah RM600 dan empat telefon bimbit.

Terdahulu, dalam sebuah serbuan pada 10 pagi Ahad, polis telah menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

Menurut K3tua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani b3rkata, lelaki b3rusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.

Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Difahamkan, suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan T3mpatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Terdahulu..

Pelawak terkenal terlibat dengan pemerdagang4n manusia, PDRM akhirnya dedah siasatan awal

Kuala Lumpur: Seorang selebriti lelaki berusia 40-an yang ditahan polis berhubung kegiatan pemerdagangan manusia dipercayai terbabit dengan khidmat seks di hotel dengan bayaran melebihi RM 1,000 untuk tempoh lapan jam.

Sumber berkata, siasatan polis mendapati artis lelaki terbabit berperanan sebagai penghantar pekerja seks yang terlebih dahulu ditempah secara dalam talian menggunakan aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, artis lelaki terbabit mengambil pekerja seks itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum membawanya ke sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad lalu.

“Soal siasat terhadap wanita ditahan itu mendakwa dia terbabit dalam kegiatan pel.acuran dikendalikan seorang ejen bernama Kevin yang berperanan mempromosikan khidmat seks melalui pelbagai aplikasi media sosial.

“Biasanya pelanggan yang berminat diminta mendepositkan wang ke dalam akaun bank diberikan Kevin untuk melanggan pel4cur,” katanya.

Menurutnya, artis lelaki itu yang mendakwa kekasih wanita terbabit berperanan sebagai transporter untuk menghantarnya kepada pelanggan yang menanti di hotel.

“Tangkapan dilakukan bukan secara kebetulan berikutan polis merancang rapi dan mengadakan o.perasi khas bagi memb.ongkar aktiviti pemerdagangan manusia itu untuk tujuan eksploitasi seks.

“Hasil penahanan itu, polis menemui pelbagai barang bukti antaranya telefon pintar, k.ondom dan wang disyaki hasil kegiatan jnayah itu,” katanya.

Dalam kejadian 10 pagi Ahad lalu, polis menahan artis itu selepas dipercayai terbabit dalam keg.iatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam sekatan jalan raya di Ulu Bendul, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, susulan t.angkapan itu pihaknya berjaya menyelamatkan seorang wanita di sebuah bilik hotel berkenaan.

“Kes disiasat di bawah S.eksyen 12 A.kta A.ntipemerdagangan Orang dan A.ntipeny.eludupan Mi.gran (At.ipsom) 2007 yang memperuntukkan h.ukuman pe.njara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan d.enda jika s.abit kes.alahan.

“Mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor,” katanya.

Amran berkata, lelaki itu kini dit.ahan reman mengikut S.eksyen 117 K.anun P.rosedur J.enayah (KPJ) selain dikenakan kompaun atas kes.alahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-P.eraturan Penc.egahan dan Pengawalan P.enyakit Berj.angkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan J.angkitan).

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian kegi.atan pemerdagangan orang ini,” katanya.

Umur 40an dan pernah naib juara, netizen mula petik nama Joey Daud, sekali isteri dia Watie Elite tampil dengan kata2 padu

Netizen masih berteka teki tentang siapakah pelawak yang pernah jadi Naib Juara Maharajalawak Mega dan berumur 40an.

Antara nama nama yang dipetik adalah Tauke Jambu dan Shahrol Shiro tetapi netizen memetik satu lagi nama iaitu Joey Daud daripada kumpulan Joras.

Tauke Jambu telah keluar kenyataan bahawa dia tidak terlibat dan Shahrol Shiro juga telah pun mengeluarkan kenyataan.

Dari semalam Joey Daud tidak menunjukkan apa apa aktiviti di akaun sosial media beliau dan netizen mula merasakan pelawak yang ditanggkap adalah Joey Daud.

Hari ini isteri Joey Daud telah memuatnaik satu video menunjukkan bahawa suami dia elok je duduk kat rumah. Video yang dimuatnaik di instagram story Watie Elite jelas menunjukkan Joey berada dirumah.

“Elok je laki i ada kat rumah, kenapa cakap laki i ok ke tak ok” – Watie Elite

Dalam video tersebut kelihatan Joey Daud sedang bermain patung gajah.

Jadi siapa sebenarnya pelawak tersebut? Netizen kembali berteka teki dan pihak poliss tiada keluarkan apa apa kenyataan rasmi mengenai identiti pelawak tersebut.

 

Sumber: Hit media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*