Terbaru! Shuib Beritahu Keadaan Terkini Siti Sarah

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

 

Alhamdulillah,,,,Semoga ibu makin sihat,,,Walaupon kadang2 oksigen masih blom stabil,tp ibu kena kuat semangat ok ? Terima kasih pd yg mendoakan,Semoga kita semua kuat dlm menembuh ujian Allah.Allah uji Allah Sayang ? @sitisarahraissuddin #covidfighter.

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Terdahulu, Sarah dan Shuin sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus m4ut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: IG ShuibSepahtu

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*