
PRESIDEN Umno mencabar kerajaan segera memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikan sekiranya perdana menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu Persidangan Parlimen pada September ini.
Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kenyataan Muhyiddin dalam perutusan khas pada tengah hari Rabu yang mendakwa kerajaan masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.
“Sebelum ini Perikatan Nasional hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong. Saya telah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021, bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai perdana menteri.
“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu. Setelah Majlis Kerja Tertinggi Umno membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021, bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen Umno telah bertambah lagi,” ujarnya.
Dedah Zahid lagi, beliau turut mengutus surat kepada Agong bagi mempersembahkan Surat Akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu.
Terdahulu, Muhyiddin menerusi perutusan khas menjelaskan usul undi percaya kepada beliau akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September ini.
Melalui cara itu katanya, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.
Terdahulu..
Selepas menghadap Agong, Muhyiddin Yassin akhirnya bersuara
Sejak pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.
Terdahulu, kenderaan membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi beberapa kereta dan motosikal polis keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pada jam 10.48 pagi ini.
Muhyiddin yang bersongkok sempat menurunkan cermin tingkap kenderaan sebelum melambai kepada kumpulan pengamal media yang menunggu di persimpangan kawasan kediaman berkenaan.
Muhyiddin akan buat pengumuman khas
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri.
Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.
Selesai menghadap Seri Paduka, Muhyiddin dijadual ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Difahamkan beliau akan membuat pengumuman itu sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Berikut Initipati Ringkas Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, 4 Ogos 2021
PM Muhyiddin terima warkah Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan usul percaya di parlimen pada sidang September ini.
Dia berkata demikian dalam perutusan khas sebentar tadi. Perletakan jawatan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit – PM Muhyiddin
‘Saya pelihara perlembagaan tapi ditu.duh derhaka pada raja’
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyelar tuduhan derhaka kepada raja yang dilemparkan padanya.
Sedangkan, kata anggota parlimen Pagoh, apa yang dilakukannya semata-mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi raja berperlembagaan.
“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.
“Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah SWT dan kepada-Nya jualah kita berserah,” katanya dalam perutusan khas sebentar tadi.
VIDEO
Rata-rata netizen mmenyambut baik keputusan tersebut
“So far aku rasa dia adalah PM yg terbaik.. ya tahu bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi TSMY dah buat yang terbaik.. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk TSMY..” tulis seorang netizen
Parlimen bahas, ungkai Ordinan D4rurat September ini – Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, sebelum ini proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu, tidak dapat disempurnakan.
“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.
“Maka selaras titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, usul untuk membahas dan seterusnya mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat itu boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.
Muhyiddin berkata, usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan darurat akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.
Katanya, ia diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat secara harmoni dan berperlembagaan.
Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataannya berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya kemudian memaklumkan, semua tindakan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Pejabat Perdana Menteri juga menyebut, Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: mstar | limauasamboi.pw via news.allmhi.com
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply