Alhamdulillah! Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki, namun ini keadaan terkini beliau. Moga terus kuat

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah yang kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan keadaan Siti Sarah masih belum stabil.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.

“Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedarkan diri. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” ujar Nana.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.

Terdahulu sekitar pukul 2 petang tadi, suami Siti Sarah, Shuib mengesahkan isterinya yang sedang bertarung dengan jangkitan Covid-19 telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

“Assalamualaikum semua, terima kasih yang mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi (tadi), lebih kurang pukul 2 petang Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi dalam kandungan.

“Saya mohon terus doakan agar pembedahan tersebut dapat dijalankan dengan baik,” tulisnya dalam Instagram.

Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Terdahulu..

SELEPAS beberapa jam ditidurkan kerana tahap oksigen rendah, penyanyi Siti Sarah yang sedang hamil lapan bulan kini menunjukkan perkembangan positif.

Terbaharu suaminya yang juga pelawak Shuib memaklumkan Sarah bakal menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan pengurus Siti Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Alhamdulillah, Shuib hubungi saya tadi memberitahu sebaik saja habis bacaan Yasin tadi, doktor beritahu Sarah semakin stabil. Insya-Allah pukul 2 ini doktor akan lakukan pembedahan untuk keluarkan bayi.

“Kalau berjaya, Insya-Allah segalanya okay… Insya-Allah Sarah akan okay,” katanya kepada mStar.

“Isteri sy telah dimasukkan ke IC U”-Shuib beritahu keadaan terkini Siti Sarah

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua,Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksig.en yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.SY MOHON DIHARI BAIK,HARI

JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Sumber: HM online via Hit Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*