KKM ‘Post’ Penyumbang Terbesar Covid19 Tapi Dah Delete, Sekali Netizen Sempat ‘Screenshot’

Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) memadam ciapannya berhubung sektor pengilangan menjadi punca terbesar kluster di Selangor dibidas oleh orang ramai.

 

Rata-rata mereka berpendapat, tindakan tersebut seakan-akan menunjukkan ada arahan daripada pihak tertentu untuk menyembunyikan hakikat sebenar jangkitan Covid-19 di negara ini.

 

Pengguna Twitter bernama Nizar Rahim berkata, ramai yang telah mengambil tangkap layar ciapan KKM yang dimuat naik pada pukul 10.53 pagi tadi.

 

“Kenapa padam ciapan itu? Itu kan fakta, mustahil maklumat tersebut tidak betul pula.

“Ada sesiapa yang mengarahkan ciapan itu diturunkankah?” ciapnya hari ini.

 

Pengguna bernama tishaaa pula berkata, tindakan memadam ciapan itu sia-sia sahaja kerana ramai sudah menangkap layar ciapan KKM tersebut.

“Admin, siapa marah sampai kena delete ciapan tadi? Kongsi la sikit. Netizen sedia mendengar keluhan admin.” komen Wan Aizat pula.

IamAjak pula memperli KKM dengan berkata: “Daripada update pasal perkilangan, elok update pasal kosmetik. Ye dak?”

 

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*