Perdana Menteri Tampil Dengan Kata-Kata Ini Setelah Melihat Datuk Azizul Menangis Ketika ‘live’ Tadi

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang mengejutkan sebaik merangkul kilauan yang sangat didambakan tersebut.

Sambil menangis, Azizulhasni membuka ra.hsia bahawa ayahnya, mengalami mild stroke dan telah dimasukkan ke h0spital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.

“Ayah saya berada di hospital. Ayah sakit, kena mild stroke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.

“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar d.uka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan rahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

VIDEO

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

Kata Kata Dari Perdana Menteri

Tahniah buat jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kerana menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menerusi acara Keirin basikal trek, Sukan Olimpik Tokyo, sebentar tadi.

Kejayaan ini tentunya menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan tersohor ini melabuhkan tirainya.

Biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar ini tentunya memberi makna cukup signifikan buat anda dan juga negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah meng.alah yang anda tunjukkan.

Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi. Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini.

Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara.

Syabas juga kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Reezal Merican, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini.

Kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula, saya ingin katakan yang kegagalan mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mem.atahkan semangat anda.

Iltizam dan semangat ‘Demi Malaysia’ yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kes.akitan yang dialami semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan anda adalah wira yang perlu disanjungi. Terima kasih Shah Firdaus.

Berapakah imbuhan diterima kalau menang pingat di Olimpik?

Pertama sekali pihak editor nak ucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni Awang sebab menang perak di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pasti ramai tak sangka mereka bakal mendapat imbuhan sebanyak RM300 ribu dan pencen seumur hidup lagi!

Namun adakah betul reward untuk ahli sukan memang banyak macam ni?

Merujuk kepada laman web Majlis Sukan Negara yang menyenaraikan skim insentif bagi semua sukan yang Malaysia sertai, daripada sukan SEA sampailah ke Olimpik.

Menang pingat Gangsa dapat RM100 ribu, Perak RM300 ribu, kalau pingat emas? Kami terkejut juga bila dapat tau, ganjarannya adalah RM 1 JUTA!!

Skim insentif ni dipanggil sebagai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang telah ditubuhkan pada 1986.

Ia terbahagi kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A adalah untuk acara sukan terbesar seperti Sukan Olimpik (A1), Sukan Komanvel (A2) dan Sukan SEA (A3).

Kumpulan B pula adalah untuk acara yang ada satu sukan je. Contohnya macam Thomas Cup dan FIFA World Cup. Hadiah kemenangan untuk setiap kategori adalah berlainan ikut kumpulan.

Tapi untuk kali ni kita fokus kat Olimpik sahaja.

Individu:

Emas – RM1 juta
Perak – RM3OO ribu (Datuk Azizulhasni Awang menang yang ni lah)
Gangsaa – RM1OO ribu

Kumpulan (kurang dari 5 orang dalam satu team):

Emas – RM1 Juta setiap team
Perak – RM3OO ribu setiap team
Gangsa – RM1OO ribu setiap team

Kumpulan yang melebihi 5 orang dalam satu team:

Emas – RM150 ribu setiap ahli
Perak – RM40 ribu setiap ahli
Gangsa – RM20 ribu setiap ahli

Setakat ni Malaysia tak menang pingat emas lagi tapi kita berjaya sapu empat Perak dan tiga Gangsa untuk acara terjun dan badminton pada Olimpik 2016, manakala satu gangsa pada Olimpik Tokyo 2020.

Hadiah kemenangan semua sukan sama, tiada double standard. Yang beza adalah ikut kategori je iaitu individu dan berkumpulan.

Selain daripada tu, sukan paralimpik juga dapat insentif yang sama.

Insentif ni diberi nama Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO). Ditubuhkan pada 2006, SITO menjanjikan duit pencen sepanjang hayat. Setiap pingat dapat duit pencen yang berbeza:

Untuk setiap atlit:

Emas – RM5OOO sebulan
Perak – RM3OOO sebulan (mungkin Datuk Azizulhasni layak dapat ini)
Gangsa – RM2OOO sebulan

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) menjanjikan duit elaun sebanyak RM2OOO sebulan. Duit elaun ni pula diberi kepada atlit yang layak ke sukan Olimpik sahaja.

Bagaimanapun apa yang dilampirkan di atas cuma anggaran sahaja, barangkali Datuk Azizulhasni bakal mendapat lebih imbuhan sebaik pulang ke Malaysia.

Tak kanlah Kerajaan negeri Terengganu tak bagi apa-apa, yer ke dokk?? hehehehehe

 

Sumber: astro | FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*