
Suami Allahyarhamah Siti Saraha Raissuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan arwah isterinya yang baru sahaja selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak, Selangor.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad dengan suara sedikit sebak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan meluangkan masa mendoakan, membaca yaasin untuk arwah isterinya.
Moga Shuib diberi kekuatan
Bila ditanya wartawan, bagaimana keadaan anaknya. Shuib mengatakan anak-anak belum tahu akan pemergian ibunya ini. Shuib memohon orang ramai mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama anak-anak selepas ini.
VIDEO
Ramai Yang Saksikan Pengebumian Secara Online
Jenazah usahawan dan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu di sini pada jam 1.37 tengah hari pada Isnin.
Pengebumian dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kawasan perkarangan tanah perkuburan tersebut menjadi tumpuan orang ramai, media dan rakan artis yang menyaksikan perjalanan terakhir penyanyi lagu Kesetiaan itu.
Allahyarham Siti Sarah, 36, dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Allahyarham Noor Aini Mohamad.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi setelah beberapa hari bertarung melawan Covid-19.
Penyanyi itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu akibat Covid-19 dan menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi tadi.
Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di akaun Instagramnya hari ini (Isnin).
Sumber: Siakap Keli | Kosmo Online | Sinar Harian
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply