Artis semasa Viral

[Video] Shuib Kongsi Solat jnazah ghaib di Mekah, Ebit Lew masuk dengan komen ini hingga dapat 19 ribu tanda ‘like’

SIFAT pemurah dan baik hati Allahyarham Siti Sarah menjadikan penyanyi itu cukup disenangi ramai.

 

Buktinya sebaik sahaja arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, pelbagai cerita tentang kebaikan yang disembunyikan semasa hayatnya mula dikongsikan kepada umum.

 

Terbaharu, kasih sayang terhadap Siti Sarah turut dizahirkan apabila jemaah di Masjidil Haram, Makkah mengadakan solat jenazah ghaib untuk arwah.

 

Video sesi solat berkenaan dikongsikan suaminya yang juga pelawak Shuib Sepahtu di Instagram.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar.

TONTON VIDEO YANG DIKONGSIKAN SHUIB

 

“Dapat kiriman video solat jenazah ghaib dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang awak ibu.

“Bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah,” tulisnya bersama posting berkenaan pada Selasa.

Ebit Lew tinggal komen pada video Shuib

Selepas Shuib memuat naik video solat jen4zah ghaib untuk arwahh isteri beliau Siti Sarah beribu komen masuk ke dalam posting Shuib.

Tidak ketinggalan pendakwah selebriti, Ebit Lew juga telah meninggalkan komen dan apa yang Ebit Lew katakan telah mendapat melebihi dari 18 ribu tanda likes.

“ ALLAH sayang @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya”

Sementara itu, pada majlis bacaan tahlil malam semalam, difahamkan lebih 300 orang telah mendirikan solat jen4zah ghaib buat penyanyi kesayangan ramai, Allahy4rham Siti Sarah di masjid sekitar daerah Mekah selepas waktu Zuhur, Arab Saudi, semalam.

Pada majlis yang dipimpin oleh Ustaz Tarmizi Rahman, lebih 600 rakan industri hiburan termasuk pengamal media turut serta dalam majlis mulia itu.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan kebaikan Siti Sarah sehingga pemergiannya mendapat layanan yang baik di dunia.

“Bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah”

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

“Allahuakbar, orang baik ramai sayang. Layanan yang hebat untuk orang yang baik macam dia.

“MasyaAllah, pemergian yang sangat dicemburui dan sangat terasa.

“Ya Allah bertuahnya Sarah, bidadari kesayangan Shuib… Sarah baik-baik kat sana ya, berbahagialah,” tulis beberapa netizen termasuk rakan selebriti.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

jasdj

Arwah Siti Sarah bersama Shuib dan anak-anak mereka.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi lelaki dalam kandungan yang diberi nama Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber : Mstar

Ketika penyanyi sohor Siti Nurhaliza sedang rakam lagu, telah terjadi sesuatu

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat meneruskan nyanyian lagu Aku Bidadari Syurgamu dalam satu rakaman persembahan maya, semalam.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, berkata, hal itu kerana perasaan s.edih Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti, masih berbaki dengan berita d.uka pemergian sahabatnya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, pagi Isnin.

Untuk info Aku Bidadari Syurgamu ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 2 Julai 2020 sebagai single keenam dari album studio ke-18 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Ia dicipta oleh Ippo Hafiz dengan lirik ditulis oleh Siti Rosmizah Semail dan diterbitkan oleh Ippo Hafiz. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Amir Johari.

“Penganjur telah pun memilih salah satu lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu. Sebelum memulakan rakaman, Tok Ti sudah memaklumkan bahawa beliau b.imbang tidak dapat menyanyikan lagu tersebut kerana perasaan s.edih dan s.ebak di atas pemergian sahabat.

“Memulakan rangkap pertama lagu tersebut, hanya dua baris sahaja mampu dinyanyikan dan beliau terus berhenti. Lalu kami memohon kepada penganjur untuk menukar lagu dan penganjur juga sangat memahami si.tuasi hari ini.

“Ramai yang menggelarkan a.rwah bidadari, banyak kebaikan dan cerita a.rwah yang dapat kita jadikan panduan selagi masih bernafas ini,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu turut diulang siar semula beberap akaun Instagram beserta video di sebalik tabir rakaman. Dapat dilihat pada air wajah Tok Ti menahan sebak ketika cuba untuk menyanyikan lagu itu.

VIDEO

Untuk rekod, awal pagi semalam, penyanyi Kesetiaan itu telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi di H.ospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kemudian, j.enazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas waktu Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

 

Kredit : UN

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *