Terbaru ! Isteri pelakon kerdil Badrol Shah Belum Meninggal Dan Ini Alasan Dari Pihak Hospital

Terbaru di sertakan rakaman suara diantara pihak hospital dengan pelakon kerdil Badrol Shah. Dari rakaman kedua pihak hospital telah memberitahu bahawa isteri Badrul masih lagi hidup.

Sila Klik link dibawah untuk mendengar rakaman tersebut..

Rakaman Pertama Yang Diterima Dari Pihak Hospital

Rakaman Kedua yang mengesahkan Isteri Badrol Shah masih lagi hidup

Kita doakan yang terbaik untuk isteri Badrul.

Berita Sebelum Ini…

SELEPAS pelawak Shuib kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin akibat wabak Covid-19, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah turut berdepan ujian yang sama apabila isterinya meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Badrol atau nama sebenarnya, Badrol Shah Abdul Manan, 39, memaklumkan isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas lapan hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti mana yang tersebar di media sosial.

pelakon pendek”Doktor call beritahu isteri sudah meninggal dunia pukul 1 petang Selasa.

“Arwah isteri dijangkiti virus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu dia ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaan menjadi lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HKL.

“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.

“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

badrol1

 

Allahyarham isteri Badrol Shah bersama anak mereka.

Badrol yang juga pelakon kerdil turut menjelaskan Allahyarham isterinya yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.

“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.

“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil.

“Sekarang saya hanya tunggu pangilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.”

BADROL SHAH

PELAKON KERDIL

Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.

 

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.

badrol3

Badrol bersama barisan pelakon filem Busut Bonang.

“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.

“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak… kalau saya tumbang, pastinya anak-anak pun akan ikut tumbang.

“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab… dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.

Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busut Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.

 

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*