Abang Siti Sarah pula telah ditidurkan, Shuib dedah keadaan terkini abang ipar dan mohon doa orang ramai

SELEPAS dimasukkan ke H0spital Serdang, Selangor akibat Covid19 pada Selasa, abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin dipindahkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) dan ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.

Perkara itu dikongsi oleh adik iparnya, Shuib Sepahtu yang turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Ahmad Firdous agar diberi kesembuhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalamualaikum semua, Allah maha besar. Baru dapat panggilan abang ipar saya dimasukkan ke ICU. Saya mohon doakan Ahmad Firdous Raissudin diberi kesembuhan segera. Amin” tulisnya.

Shuib berkongsi perkara itu di Instagramnya awal pagi Khamis

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi Khamis bagi merehatkan paru-parunya selepas paras oksigen 95 peratus.

“Fidous sudah ditidurkan pukul 5 pagi tadi sebab doktor nak rehatkan paru-paru dia… sebelum ditidurkan oksigen 95 peratus. Dia dikejarkan ke hospital pada petang Selasa kerana paras oksigen 85 peratus,” ujarnya.

Isterinya turut disahkan positif Covid19. Namun, dua anak pasangan itu tidak dijang.kiti vir.us berkenaan.Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif dijangkiti virus Covid19 pada 2 Ogros lalu iaitu empat hari selepas keluarga Siti Sarah disahkan positif.

Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuar.antin kendiri selama lapan hari di rumah.Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Terdahulu,

Selepas Siti Sarah pergi selamanya, salah seorang ahli keluarga pula dikejutkan dengan kurang 0ksigen

Jenaz4h penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, di sini, 1.20 tengah hari semalam

Suami Allahyarham, Shuib yang juga pelakon dan pelawak popular dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jen4zah sehingga ke li4ng lah4d dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Terdahulu, urusan tayamum dan solat jen4zah diuruskan pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira jam 10 pagi.

Jenaz4h anak kedua daripada tiga beradik itu dikebu.mikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meningg4l dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplik4si pelbagai peny4kit termasuk kegag4lan buah pinggang, da4h tinggi dan ken.cing ma.nis

Keadaan Terkini Abang Arwah

Dalam perkongsian terkini oleh sepupu arwah Siti Sarah iaitu Nur Alia. Beliau memaklumkan yang abang kepada Siti Sarah, Firdaus Raisuddin kini kekurangan 0ksigen

Nur Alia juga memohon kepada semua untuk sedekahkan Al Fatihah dan beliau juga mula t4kut kerana keluarga terdekat mula di j4ngkiti C0vid

VIDEO

Pembantu rumah salam kawan, punca Shuib sekeluarga p0sitif

Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dij4ngkiti Covid-19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia awal pagi semalam.

Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan neg4tif.

Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dij4ngkiti vir.us berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu meninggal dunia Jumaat lepas.

“Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah senjata paling dahsyat,” katanya.

Tambah Shuib lagi, mereka pernah berg4duh gara-gara isterinya itu takut dijangkiti Covid-19 selepas dia keluar bertemu seorang rakannya atas urusan bisnes sebelum ini.

Susulan pemergian isteri tercintanya, Shuib menekankan kepada orang ramai agar mengambil langkah perlindungan diri dengan suntikan vaksin.

Shuib yang muncul dalam sesi siaran langsung (Live) petang tadi berkata, apa yang berlaku kepada Siti Sarah membuatkan hatinya tersentak kerana isterinya itu belum menerima suntikan vaksin.

Disebabkan itu, doktor yang merawat memaklumkan bahawa keadaan isterinya sangat teruk apabila paru-parunya hampir semua dijangkiti virus Covid-19.

“Paru-parunya hampir dijangkiti pada semua bahagian. Sampaikan paru-parunya tak boleh bekerja untuk pam oksigen, sekali gus menyebabkan semua organ gagal berfungsi dengan baik.

“Kemungkinan sebab vaksin, sebab dia belum ambil suntikan, wallahualam. Tadi di hospital, ada seorang jururawat minta saya kongsikan tentang perkara ini. Sekurang-kurangnya dengan vaksin, mungkin dapat bantu,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu lagi, dia pada awalnya sangat yakin Siti Sarah berada dalam keadaan sihat meskipun sedang dirawat di hospital.

Bagaimanapun, apa yang sering didengarnya daripada doktor adalah paru-paru Siti Sarah sudah dipenuhi dengan virus Covid-19 sehingga menyebabkan organ tersebut tidak boleh berfungsi.

Disebabkan itu, Shuib mengingatkan semua orang agar menjaga kesihatan dan mengambil vitamin C serta tidak mengamalkan sikap sayangkan duit jika melibatkan hal kesihatan.

“Saya ingat lagi, ketika dalam ambulans sewaktu nak bawa isteri ke hospital swasta, tetapi semuanya penuh. Sedangkan keadaannya sudah teruk pada waktu itu.

“Dalam hati saya terfikir, duit banyak mana sekali pun takkan boleh kembali sihatkan isteri saya. Dengarlah cakap saya. Jaga kesihatan, sebab saya dulu sejenis yang tidak menjaga sangat bab-bab itu. Sekarang saya sudah amalkan makan vitamin C dengan banyak,” katanya lagi.

Pada masa sama, Shuib menyarankan agar semua orang menyediakan alat bacaan tahap oksigen, Oximeter di rumah untuk membuat pemeriksaan paras oksigen sendiri.

“Dahulu, tahap oksigen dia turun ke 93, kadang-kadang 94, tapi saya cakap okey kepada dia. Bila lambat bawa dia ke hospital, akibatnya saya kehilangan dia hari ini.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada Covid-19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu,” katanya.

Sumber: mstar via ASN | Hit Media

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*