Dah Bertahun Simpan, Hari Ini Rider OKU ini Terpaksa Buka Rahsia Apa Arwh Siti Sarah Buat

“Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.”

 

Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya (OKU), Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

 

Cerita Mohd Hafiz, Allahyarhamah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka.

 

“Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

 

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Allahyarhamah Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

 

Mohd Hafiz yang menjadi runner diminta oleh Siti Sarah supaya merahsiakan pemberian terhadap golongan memerlukan pada 2016.

Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kudung tangan kiri akibat kemalangan jalan raya pada usia 20 tahun.

 

“Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya akibat jangkitan Covid-19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” luahnya.

 

Allahyarhamah Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

Sebelum Shuib iringi arwh isteri ke destinasi terakhir, dia beritahu kenapa ada rasa ‘cemburu’ dengan pemergian arwah

Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.

Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arw..ah.

“Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan ar.wah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan ar.wah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.

Menurut Shuib, dia redha jika ar.wah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kema.tian. Malah, ar.wah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meningal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari.

Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seks4an kvbur.

“Jika ikutkan, saya redha seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

Namun, Allah memberikan ar.wah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini ar.wah pergi juga,” katanya.

VIDEO:

Jenazah Siti Sarah tiba di tanah perkuburan

Jnazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat tiba di Tanah Perku.buran Islam Sungai Pusu, Gombak tepat pukul 12:40 tengahari tadi.

Jnazah dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jnazah. Sepasukan anggota polis dikerah berkawal di perkarangan tanah perkub.uran.

Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tanah perkuburan.

 

Sumber : Sinar Harian | HM online | utusan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*