Ketika ‘Live’ Wanita Hari Ini (WHI), Air Mata Jantan Fahrin Ahmad Mengalir Dan Ini Sebabnya

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika mengendalikan program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI), semalam.

 

Berbicara mengenai topik Menghayati Nikmat Syukur, segmen ini ditujukan terutama kepada individu yang sedang kehilangan insan tersayang.

 

Segmen ini turut memperingati pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Isnin.

 

Episod kali ini menampilkan beberapa tetamu undangan iaitu Ustazah Asni Mansor, ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi, penyanyi Azharina, pihak pengurusan Indigital Music, Norwati Abd Manan dan wartawan Berita Hiburan, Jaydee Mohamad.

 

Fahrin sebak kerana …

Fahrin atau nama sebenarnya Fahrin Ahmad, 42, berharap agar episod yang dibawakan kali ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan kekuatan untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan.

” Saya sebak..terkenang isteri, anak dan keluarga.. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati.

” Buat semua yang kehilangan.. Diduga dengan takdir yang pada batas akal dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita.

” Semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir. – Fahrin Ahmad

 

VIDEO:

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

RAKAMAN PENUH WANITA HARI INI

 

Sumber: @fahrinahmad_fa | @whitv3 via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*