Pakcik ini telah berbincang dengan pakar 5G UKM dan ‘claim’ vaksin ada cip mikro. Tak sangka ini fakta dia bagi

Penerimaan vaksin Covid-19 adalah tidak diwajibkan namun saranan kerajaan buat rakyat Malaysia supaya mendapatkan vaksin adalah bertujuan untuk membendung penularan wabak itu.

Cabarannya bukan sahaja untuk meyakinkan rakyat tentang keberkesanan vaksin tersebut, malah melibatkan golongan anti vaksin yang seringkali menyebarkan info palsu kepada orang awam.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter, seorang lelaki warga emas dilihat menerangkan kesan buruk pengambilan vaksin selain mengatakan magnet akan masuk ke dalam tubuh manusia sekiranya disuntik.

VIDEO – sila click link untuk melihah video pakcik baju biru nie sembang

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut mengatakan penerima vaksin boleh dikesan dengan signal 5G melalui aplikasi yang boleh didapatkan di PlayStore.

Menurut lelaki warga emas itu lagi, cip mikro turut dimasukkan ke dalam badan penerima vaksin dan akan menyebabkan kematian.

“Dah ada cip mikro dalam badan, tak payahlah pakai fon lagi”

Ruangan komen tweet tersebut bagaimanapun dipenuhi dengan netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Tweet yang telah dikongsi sebanyak 2,859 kali mendapat perhatian netizen yang sempat berseloroh mengatakan tubuh mereka kini mempunyai keupayaan magnetik.

20 peratus penduduk Amerika percaya ada cip mikro dalam vaksin

Kira-kira 20 peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) percaya teori konspirasi bahawa cip mikro ‘disumbat’ dalam vaksin Covid-19 yang telah diberikan kepada penduduk seluruh dunia.

Dapatan itu hasil kaji selidik YouGov dan The Economist yang dijalankan minggu lalu.

Menurut laporan The Jerusalem Post, biarpun tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong teori berkenaan, kaji selidik itu menyimpulkan secara keseluruhannya 15 peratus rakyat AS mengatakan teori konspirasi itu ‘benar’ manakala lima peratus lagi kata ‘sangat benar’.

Salah maklumat mengenai perkara itu mula tersebar sejak tahun lalu.

Covid-19, vaksin & konspirasi

TEKNOLOGI 5G dan gelombang tidak boleh mengawal manusia. - FOTO Google

Banyak khabar angin mengatakan Covid-19 adalah pandemik yang dirancang, kononnya juga konspirasi untuk mengurangkan populasi dunia.

Turut dikaitkan ialah pembangunan teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasilan vaksin Covid-19.

Teknologi 5G didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah manakala cip nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia.

Dakwaan ini menyebabkan sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin berkenaan sedangkan keperluannya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus itu.

Pakar Sensor dan Teknologi Nano Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob berkata, teknologi nano didefinisikan sebagai teknologi memanipulasi apa-apa sahaja objek kepada skala kurang daripada 100 nanometer (nm).

Menurut Mohd Hanif, contoh paling mudah memahami skala ini ialah sehelai rambut manusia yang biasanya sekitar skala 100 mikrometer dibelah 1,000 kali dan saiz itulah dipanggil sebagai nano.

“Mata manusia hanya mampu melihat partikel saiznya sehingga 10 mikrometer dan perlu menggunakan mikroskop untuk melihat partikel yang kurang daripada saiz itu.

“Dalam konteks teknologi nano pula, kita perlu menggunakan mikroskop elektron kerana ia satu mikroskop yang boleh memfokus hingga dapat melihat ke tahap beberapa skala nm,” katanya.

Beliau menjadi panel Bual Bicara Teknologi 5G dan Cip Nano dalam Vaksin-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Medical Mythbusters Malaysia, baru-baru ini.

Beliau berkata, tidak wujud peranti sebesar nano yang boleh berfungsi sendiri kerana ia perlu ada bahagian lain seperti komponen dan subsistem untuk berfungsi menghantar isyarat.

Kata Mohd Hanif, berdasarkan kajian dilakukan beliau bersama-sama rakan penyelidik di seluruh dunia mendapati, belum ada peranti berfungsi seperti robot atau cip bersaiz nano yang boleh masuk ke tubuh manusia menerusi kulit.

MANUSIA mungkin boleh dikawal jika memakai tangan robot yang ada elemen bionik lem. - FOTO Google

“Setakat ini, teknologi elektronik berasaskan nano yang dapat dihasilkan secara stabil dan pengeluaran besar-besaran hanyalah transistor di dalam cip mikro.

“Cip nano yang digembar-gemburkan sebelum ini juga tidak benar dan ia lebih kepada cubaan menakut-nakutkan orang ramai,” katanya.

Mohd Hanif berkata, contoh palsu lain ialah dakwaan mengatakan cip nano sudah diwujudkan menerusi hasil ciptaan Massachusetts Institute of Technology (MIT) sebagai antara pusat penyelidikan fabrikasi nano termaju di dunia.

Katanya, penelitian yang beliau lakukan mendapati ia bukan cip nano, tetapi hanyalah kaedah suntikan baharu memanfaatkan fabrikasi nano.

“Sebenarnya MIT mencipta jarum mikro yang dibuat daripada gula dan juga ‘polivinil alkohol’ (PVA).

“Jarum mikro ini diisi dengan vaksin polio dan titik kuantum iaitu bahan nano berskala di bawah 10nm. Kelebihan titik itu ialah ia mengeluarkan warna yang berbeza-beza.

“Teknologi ini sangat maju dan bahan yang digunakan juga selamat kepada manusia,” katanya.

Kata Mohd Hanif, cara penggunaannya ialah menampal pada kulit dan jarum mikro ini akan meresap masuk ke dalam kulit apabila tampalan itu ditanggalkan.

“Gula yang menjadi bahan membuat jarum mikro ini terurai dan akan mengeluarkan vaksin polio.

“Di atas vaksin ini pula, terdapat titik kuantum menggunakan bahan nano yang hanya bercahaya dan membentuk corak di kulit apabila dilihat menggunakan kamera telefon pintar.

“Titik kuantum ini menjadi penanda yang menunjukkan individu itu sudah mengambil vaksin tertentu bergantung kepada corak yang ditinggalkan.

VAKSIN Covid-19 tidak mengandungi teknologi 5G dan cip nano. - FOTO Google

“Ia (titik kuantum) tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar untuk tujuan kosmetik, tidak seperti suntikan konvensional yang meninggalkan bekas pada kulit,” katanya.

Mohd Hanif berkata, menariknya titik kuantum ini ialah ia boleh bertahan sehingga lima tahun dan akan hilang daripada kulit sebagai tempoh biasa rekod imunisasi kanak-kanak.

Jelasnya, di samping menggantikan buku atau cetakan rekod imunisasi, kelebihan lain sistem ini adalah penggunaan jarum mikro dapat mengurangkan kesakitan kesan suntikan yang drastik.

Sementara itu, Felo Penyelidik Universiti Malaya yang juga ahli Pertubuhan Sahabat Sains Malaysia, Dr Abdul Halim Poh berkata, terdapat dua cabang dalam teknologi 5G iaitu sistem komunikasi selular dan gelombang elektromagnetik.

Abdul Halim berkata, ‘International Commission on Non-Ionizing’ menetapkan standard terperinci mengenai jumlah kadar pendedahan radiasi yang selamat kepada manusia.

“Namun hingga kini masih tidak diketahui pendedahan radiasi 5G boleh menyebabkan masalah kesihatan atau sebaliknya.

“Setakat ini, tiada laporan menyatakan mereka yang tinggal berdekatan pencawang atau menara telekomunikasi terdedah kepada barah,” katanya.

Kata Abdul Halim, kajian mengenai kesan buruk teknologi 5G kepada kesihatan manusia sedang giat dilakukan dan belum mendapat keputusan yang konklusif.

Beliau berkata, teknologi 5G dan gelombang tidak boleh mengawal manusia kerana ia memerlukan teknologi yang dapat mengakses kepada objek yang boleh mengawal lem secara tanpa wayar.

“Melainkan jika manusia itu menggunakan elemen bionik lem, contohnya memakai tangan robot,” katanya.

 

Sumber: Twitter @jijanism | Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*