
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akui terkejut dengan keputusan pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya.
“Saya tidak langsung terfikir ini satu keputusan yang wajar dan munasabah. Takkanlah ini ya, boleh dibuai (boleh termakan dengan tawaran tersebut).
“Saya fikir ia adalah sangat mengaibkan, bagi saya ia satu penghinaan. Ada orang kata tahniah sekarang macam Menteri Kanan, saya kata itu penghinaan.
“Orang (rakyat) nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan nak cari nafkah untuk anak-anak isteri, begitu susah.
“Kamu (Muhyiddin) pelawa Ketua Pembangkang RM40,000 hingga RM50,000 sebulan tambahan (gaji Menteri Kanan) dengan segala status dan sebagainya,” jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu siaran langsung di Facebook pada malam Sabtu.
Anwar menegaskan, Muhyiddin telah tersalah pilih langkah dan kerana itu beliau secara menegas menolak tawaran itu.
“Malah saya.. orang Indonesia sebut sebagai kaget, saya terkejut sikit,” jelasnya.
PH sedia ambil alih kerajaan, miliki sokongan terbesar di Parlimen – Anwar
Pakatan Harapan (PH) sedia mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) kerana mempunyai calon sesuai sebagai Perdana Menteri selain memiliki sokongan terbesar dalam Parlimen, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Pengerusi PH itu, gabungan itu juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak atau parti lain bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan PN yang dilihat gagal mengurus tadbir negara sepanjang krisis COVID-19.
Sehubungan itu, beliau berkata, Majlis Presiden PH memutuskan agar usul undi percaya perlu diadakan lebih awal ekoran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti.
“PH punya pendirian adalah untuk mengemukakan calon PH kerana kita menjadi blok terbesar… kita sudah bangkit soal untuk memberikan sokongan kepada calon calon lain.
“Kerajaan begini (kerajaan campuran)… siapa pun memimpin harus mengambil kira suasana politik hari ini yang memerlukan kerjasama semua pihak supaya ada kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas, tidak sepertimana yg ada sekarang,” tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
Anwar berkata demikian kepada wartawan selepas program penyampaian bakul makanan dan ayam segar di pusat khidmat rakyat Parlimen Port Dickson hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan PH meletakkan calon Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Dalam masa sama, beliau juga tidak menolak desas-desus terdapat parti lain yang juga bercadang meletakkan calon masing-masing sebagai Perdana Menteri untuk kerajaan baharu.
Sementara itu, Anwar menegaskan, jika Muhyiddin memahami sistem Perlembagaan negara dan taat kepada institusi diraja, Ahli Parlimen Pagoh itu seharusnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Anwar, bagaimanapun, enggan menyalahkan Muhyiddin secara peribadi tetapi pihak tertentu yang bersekongkol dengan Perdana Menteri.
Kata Anwar, tindakan Muhyiddin bersama sekutunya bertentangan dengan kehendak rakyat yang melihat berlaku perlanggaran terhadap institusi diraja.
Ditanya sama ada beliau telah menerima surat pemakluman daripada Parlimen berhubung usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Anwar berkata, beliau tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara itu.
Sumber : Astro Awani
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply