Dijangkiti Covid-19… jururawat mengandung anak sulung meninggal dunia, bayi pramatang dikeluarkan

Peningkatan kes harian Covid-19 di Malaysia turut mengakibatkan k3s kem4tian disebabkan wabak tersebut meningkat. Setiap hari, beratus m4ngsa dilaporkan meninggal dunia dan sudah tentu mempunyai cerita s3dih disebalik pemergian tersebut.

Salah satunya adalah k3s kem4tian melibatkan seorang jururawat yang juga frontliner dalam membendung wabak ini apabila meninggal dunia sejurus melahirkan anak pertamanya.

Tak sempat lihat anak pertama

Lebih meny3dihkan lagi, kelahiran tersebut merupakan penantian selama 10 tahun allahyarham dan suami selepas melangsungkan perkahwinan sedekad lalu (10 tahun)

Namun, menerusi Harian Metro, Norfaizah Mohamed Nor, 34 telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.02 pagi semalam selepas melahirkan anak berusia 26 minggu secara pembedahan.

Berjangkit dari pesakit

Difahamkan, Norfaizah telah disahkan positif Covi-19 peringkat kelima selepas mendapat jangkitan daripada pesakitnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19. Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya.

Setakat ini, bayi jururawat wanita itu telah ditempatkan di  unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut memandangkan lahir dalam kondisi pramatang.

Sumber: Harian Metro (Hidayatidayu Razali), kredit foto FB Sham M Nor via OMM

Update Terbaru Covid19:

KUALA LUMPUR: K3s jangkitan harian COVID-19 di Malaysia merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kepada 1,404,899 kes.

Selangor kekal menjadi penyumbang k3s jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes.  Ini diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025).

Sementara itu, 282 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu adalah 12,510 kes.

Sebanyak 16,945 kes sembuh turut direkodkan, dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,145,128 orang.

Dalam masa sama, seramai 1,059 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 526 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 247,261 kes.

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.