[Video] Lelaki ini mohon maaf secara terbuka pada Shuib dan keluarga 4rwah Siti Sarah. Rupa2nya ini yang terjadi

Gara-gara memuat naik beberapa hantaran berbaur ‘makian’ terhadap pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu serta isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, seorang pemuda telah dihentam rata-rata warganet di media sosial.

Menerusi entri Twitter, seorang individu memuat naik beberapa tangkap layar menerusi ciapannya yang menunjukkan pemuda berkenaan rancak mengeluarkan kata-kata kesat di Instastorynya yang membabitkan kedua-dua nama selebriti itu.

Bagaimanapun, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pihak Shuib, menerusi satu rakaman video yang dimuat naiknya di entri Instagram bernama @Raptorpool.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab.

“Saya juga menerima kecaman daripada netizen yang mengaibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah. Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini. Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” katanya di Instagram.

VIDEO:

Sebelum ini, dalam paparan Instagram live yang ditonton lebih 500,000 ribu orang itu, Shuib sempat meninggalkan nasihat buat peminatnya supaya sentiasa mengidolakan Rasulullah SAW serta tidak leka dengan selebriti Korea seperti Blackpink dan BTS.

Kemudian, tambahnya lagi manusia tidak seharusnya dijadikan idola kerana ia tidak mendatangkan sebarang pahala buat mereka.

Sehubungan itu, nama pelawak itu dan arwah isterinya telah dipetik oleh seorang peminat Kpop yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut menerusi Instagram live berkenaan.

Mungkin timbul rasa sesal, satu video permohonan maaf telah dimuatnaik melalui akaun yang sama.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dengan pakaian lengkap bertemakan kumpulan Blackpink telah memohon maaf dengan sepenuh hatinya.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata kesat beberapa hari lepas kepada abang Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin ekoran sikap saya yang tidak bertanggungjawab”

“Saya juga menerima kecaman daripada netizen yang mengaibkan keluarga dan kawan saya, mereka tidak bersalah. Dengan video ini, saya membuat permohonan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki”

“Saya akan perbaiki dan berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata selepas ini. Harap abang Shuib dapat menonton video ini sekali gus memaafkan perbuatan saya. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” jelasnya.

Itulah dia, terlajak perahu boleh tarik lagi, kalau dah terlajak kata, bvruk pad4hnya. Cukuplah perkara sebegini menjadi contoh agar tidak berulang.

 

Sumber : VideoViralMalaysia / utusan via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*