[Video Bencana] 3 diselamatkan, 1 masih hilang akibat kepala air di Gunung Jerai

Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

YAN: Tiga lelaki selamat manakala seorang lagi masih gagal dikesan selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, seorang daripada mereka ced3ra di bahu dan sudah dihantar ke hospital menggunakan khidmat EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.38 petang.

Beliau berkata, semua mereka yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an adalah pekerja sebuah resort di puncak gunung berkenaan.

“Setakat ini hanya seorang m4ngsa yang gagal dihubungi dan dipercayai masih hilang dikenali sebagai Mohamad Syahruzi Muhamad, 40-an.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dilakukan membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan kita sedang menunggu Unit STORM dan PPDA untuk bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, semua m4ngsa sedang menaiki sebuah kereta menuju ke puncak gunung itu sebelum kenderaan itu dilanda kepala air yang turut membawa lumpur dan pokok-pokok tumbang.

Seorang mangsa terselamat selepas kereta dinaikinya dilanda kepala air. - Kredit/ Media sosial

Seorang mangsa terselamat selepas kereta dinaikinya dilanda kepala air. – Kredit/ Media sosial

Katanya, operasi itu turut disertai anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Terdahulu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

Sila klik link dibawah untuk menonton video 

Video1

Video2

Video3

Video4

Video 5

Video 6

Sumber : AstroAwani

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*