Tahniah ! Detik Bahagia Pelakon Remy Ishak Dan Pasangan Diijabkabul Hari Ini

Pelakon, Remy Ishak, 39 bakal menamatkan zaman bujangnya bersama usahawan, Ezza Yusof, Sabtu ini. Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak mengesahkan perkara itu menerusi sebuah rancangan televisyen.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada Sabtu ini, insya-Allah.

“Pernikahan akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” katanya.

“Tiada sebarang persiapan besar majlis akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard. Kalau ada rezeki barulah fikir selanjutnya,” katanya.

Remy membuat pengumuman itu menerusi saluran GempakTV pada malam Khamis. Meskipun tidak menyatakan secara lanjut mengenai bakal isteri, Remy berkata wanita itu cukup istimewa di matanya.

“Dia seorang yang istimewa, baik dan b.uruk dia saya tahu.. biarlah saya simpan dahulu. Saya akan kongsi lebih detail mengenai pasangan saya nanti,” ujarnya.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka p.utus pada 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

VIDEO

Ia sekali gus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut. Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan p.andemik C0vid-19 majlis itu terpaksa dib.atalkan.

Menerusi temubual bersama media sebelum ini, Remy mengakui hubungannya dengan Ezza penuh ujian dan d.ugaan.

Akad Nikah Remy Ishak

 

Biodata Ezza Yusof, Isteri Pelakon Remy Ishak

Siapa Ezza Yusof? Pemilik nama sebenar Roszaliza Yusof ini merupakan bekas tunang kepada pelakon Remy Ishak. Mereka yang kini berhubung kembali, bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis nikah yang dijadual berlangsung pada Sabtu.

Sementara menantikannya, jom kita sama-sama semak butiran info biodata mengenai Ezza!

Biodata / Profile / Latar Belakang

  1.  Nama penuhnya, Roszaliza Yusof.
  2. Disapa dengan nama komersial, Ezza Yusof.
  3. Berumur 38 tahun (2021).
  4. Berasal dari Pahang.
  5. Kelahiran 24 Mac 1983.
  6. Graduan daripada Kolej Cosmopoint yang berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik Dan Multimedia.
  7. Bertapak dalam kariernya sejak tahun 2014.
  8. Kini memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow.
  9. Pernah mereka kasut pengantin untuk beberapa figura ternama tanah air seperti Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler, Indah Ruhaila, Lufya Omar, Tasha Manshahar, Farahanim Razak dan Syafiqah Aina.
  10. Akaun Instagram (IG) beliau yang didaftarkan atas nama @ezzarl mempunyai lebih 90,000 pengikut.

Fakta Menarik

  1.  Merupakan teman rapat kepada aktres Nad Zainal.
  2.  Memutuskan untuk berhijab sejak Februari 2017.
  3.  Berkenalan dengan Remy Ishak sejak 2013 sebelum mengikat tali pertunangan dengan aktor itu pada Mei 2017. Mereka bagaimanapun putus tunang pada 2019.
  4.  Hubungan yang berakhir, terjalin semula lewat ini yang bakal membawa ke fasa perkahwinan pada 21 Ogos 2021.
  5.  Ezza pernah disangka berstatus janda gara-gara menjaga dua kanak-kanak bernama Dania dan Damia yang walhal adalah anak angkat kepada Remy.

Foto

ezza yusof tunang remy ishak

bekas tunang remy ishak

ezza yusof umur

ezza yusof

ezza yusof janda

siapa ezza yusof

remy ishak ezza yusof

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

 

 

Sumber : Mstar | IG | Kosmo | Illuminasi

kredit : news.allmhi

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*