Akhirnya Rintihan Pelakon Sherie Merlis Sebelum Ini Mendapat Perhatian Hotel Mewah Dan Datang Membantu

AKHIRNYA rayuan dan luahan pelakon Sherie Merlis mendapat perhatian apabila adiknya yang disahkan positif Covid-19 ditawarkan untuk menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Simpati dengan nasib Sherie yang terpaksa mendiami sebuah rumah bersama anggota keluarga yang ramai, hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dengan kerjasama Megaklinik Zahran segera menghulurkan bantuan dengan menyediakan lokasi untuk kuarantin.

Menurut Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin, pihaknya akan menguruskan tempat tinggal dan rawatan sepanjang kuarantin selama 10 hari di hotel berkenaan.

Sherie 2

Luahan keresahan Sherie mendapat perhatian ramai pihak.

“Pihak kami mengetahui mengenai keadaan Sherie selepas membaca artikel di mStar. Jadi, kami terus cuba menghubunginya.

“Kebetulan pula, rakan kerjasama kami iaitu Megaklinik Zahran turut ada menghubungi Sherie untuk membantunya.

“Pihak Megaklinik akan menguruskan hal rawatan serta kenderaan yang membawa keluarga itu ke hotel kami.

“Manakala kami akan menaja sepenuhnya dari segi penginapan dan makan minum sepanjang mereka kuarantin di hotel selama 10 hari,” katanya kepada mStar.

Menerusi ujian calitan yang dilakukan, adik aktres berkenaan bersama suami dan dua anak kecil mereka didapati positif Covid-19 dan sudah dibawa ke hotel itu kira-kira pukul 8 malam Ahad.

Manakala ahli keluarga yang lain termasuk pelakon telefilem 30 Hari Puasa itu sudah melakukan ujian calitan dan tidak dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi laporan mStar, Sherie meluahkan rasa bimbang selepas adiknya yang positif virus itu diminta menjalani kuaranti di rumah yang didiami 11 orang termasuk dia sendiri.

Lebih membimbangkan apabila kediaman itu turut didiami ibu bapa mereka yang berdepan masalah penyakit kronik serta lima kanak-kanak dan seorang bayi.

Sherie 2

Sherie dan anaknya antara tidak dijangkiti wabak itu.

Ujar Sherie, adik perempuannya itu disahkan positif namun diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga tindakan lanjut diambil dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Badrul menjelaskan bantuan yang diberikan merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan oleh pihak hotel.

“Royale Chulan Kuala Lumpur dengan kerjasama Megaklinik Zahran sememangnya menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin buat pesakit Covid-19.

“Kami menawarkan bantuan dan menaja sepenuhnya keluarga Sherie yang dijangkiti wabak tersebut,” ujarnya.

Artikel Terdahulu

[VIDEO] “Nak m4rah saya, m4rahlah… saya dah bvntu” – Sherie Merlis bimb4ng kes3lamatan ibu bapa, adik positif Covid-19 masih kuarantin di rumah

 

KEADAAN rumah yang padat dengan 11 orang ahli keluarga termasuk adik yang disahkan positif Covid-19 mengundang keresahan pelakon Sherie Merlis.

Lebih membimbangkan apabila kediaman dua bilik tidur yang didiami mereka turut dihuni ibu bapa yang berdepan masalah penyakit kronik serta lima kanak-kanak dan seorang bayi.

Ujar Sherie, adik perempuannya itu disahkan positif namun diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga tindakan lanjut diambil dalam masa terdekat.

“Di rumah ni juga ada bapa saya yang sakit jantung dan baru sahaja keluar hospital. Ibu saya menghidap Alzheimer dan terlantar atas katil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

“Rumah ini padat dan hanya ada dua bilik, satu bilik untuk ibu bapa saya dan lagi satu adik saya guna.

“Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk swab test semua ahli keluarga. Tapi belum datang, mereka maklumkan kena tunggu sampai Isnin.

“Memang tak masuk akal. Apabila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurang-kurangnya maklumkan apa yang patut saya buat dengan adanya kanak-kanak dan warga emas kurang sihat di dalam rumah ini,” katanya.

Sherie menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) memberitahu adik perempuannya yang punyai bayi berusia 10 bulan baru sahaja disahkan positif Covid-19.

Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif Covid-19.

SHERIE MERLIS

PELAKON

Dalam pada itu, Sherie berkata dia buntu dan ingin mendapatkan bantuan dan pendapat orang ramai tentang tindakan yang perlu dilakukan.

Sementara itu, Sherie turut berkongsi mengenai keadaan adiknya yang mula mengalami demam sebelum disahkan positif Covid-19.

“Saya buat live bersebab, pertamanya kerana dah buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi.

“Tiga hari lalu adik saya demam, lepas tu dia pergi klinik kerajaan dia merayu minta check dan buat ujian swab.

“Mereka check dan dia positif Covid-19. Yang peliknya mereka suruh dia balik rumah. Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif Covid-19,” ujarnya.

Situasi semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vaksin mengalami gejala demam panas selain anak saudaranya sudah mula sakit tekak.

“Pagi tadi suami adik saya demam panas dan anaknya yang berusia empat tahun sudah sakit tekak. Tinggal saya seorang yang sihat dalam rumah ni untuk menjaga semua.

“Tolong saya, selain KKM siapa lagi boleh tolong kuarantinkan adik saya dan baby dia sebab baby dia yang sedang menyusu.

“Tolonglah… Saya tak tahu apa nak buat. Nak marah saya, marahlah sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dan ibu bapa saya,” katanya.

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*