Ibu Penyanyi Syamel Meninggal Dunia Semalam Selepas Hampir Sebulan Ditidurkan

SELEPAS hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen, ibu kepada penyanyi Syamel iaitu Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 malam, Ahad.

 

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberitahu doktor sudah melakukan yang terbaik namun Allah lebih menyayangi arwah ibunya yang dipanggil umi.

 

“Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki… Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah.

 

“Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tiada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari esok,” kata Syamel kepada mStar.

Ibu Syamel meninggal dunia selepas kira-kira sebulan mengalami masalah kekurangan oksigen. (Foto: Sweetpictures)

Foto kenangan ketika majlis perkahwinan Syamel dan Ernie.

Terdahulu suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu berkongsi berita sedih tersebut di Instagram dan mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga serta semua amal baiknya diterima Allah.

“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa umiku, kau perlihatkan syurga buat umi, kau jadikan kuburnya seperti taman di taman syurga, kau terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.

“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umiku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua,” tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, ibu Syamel masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak hampir sebulan lalu.

 

Terdahulu artikel yang dikeluarkan pada 24hb Julai 2021

 

PERASAAN sayu dan sedih menyelubungi penyanyi Syamel apabila ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota.

“Harap peminat dapat doakan kesihatan ibu saya agar dia cepat sembuh. Sudah tiga minggu dia sudah dimasukkan ke hospital dan ibu terpaksa ditidurkan oleh doktor sejak seminggu lalu.

“Memang sekarang ibu bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh sakit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.

syamel

Perkongsian Syamel di Instagram.

 

“Ini kali pertama ibu masuk wad sepanjang hidupnya kerana masalah kesihatan. Dia tak menghidap sebarang penyakit serius lain,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Syamel berkongsikan luahannya di InstaStory memohon doa daripada orang ramai untuk ibunda tercinta.

“Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh sakit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali.”

SYAMEL

PENYANYI

“Minta jasa baik anda yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak, untuk terus mendoakan yang baik-baik untuk ibu saya yang masih berada dalam ICU.

“Semoga Allah perkenankan doa-doa kita buat syurgaku yang tercinta,” katanya.

syamel2

Syamel tidak dapat melawat ibu kerana terikat dengan SOP ketat hospital.

 

Syamel berkata sehingga kini dia tidak dapat melawat ibunya berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital.

“Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang.

“Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan sebab orang dah berusia memang apabila dia bergerak sedikit pun dah banyak pakai oksigen.

“Doktor cakap kalau dia dah boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun dah okay dah… harap semua dapat doakan ibu saya kembali sihat seperti sedia kala,” ujarnya.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*