[Video] Wɑnitɑ ‘ajɑr’ pemandu kereta cuba ambil kesempɑtan, ‘cucuk’ belakang nak elak dari bayar tol…

Sekarang ini penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) pada kenderaan amat sangat penting dan macam satu kemestian bagi setiap kenderaan.

Selain untuk tujuan keselamatan pemiliknya, dashcam juga berfungsi merakam bukti insiden-insiden yang berlaku sepanjang pemanduan, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan segelintir pemandu yang kurang beradab atau tidak mempunyai kesedaran sivik sebagaimana yang dialami oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita ini berkongsi insiden kenderaan yang dipandunya ‘dicucuk’ oleh sebuah kenderaan lain kerana mahu mengelak mahu membayar tol.

Bagaimanapun percubaan pemandu kenderaan tersebut gagal selepas wanita berkenaan bertindak memperlahankan keretanya sebaik sahaja melepasi palang tol.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nur Jannah Alias berkata insiden itu berlaku pada lewat petang Sabtu baru-baru ini ketika dia bersama adik kembarnya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu nak masuk Tol Ebor… kereta tersebut dah slow. Saya tengok kereta tu macam salah lorong sebab dia masuk lorong lampu tol yang merah… jadi saya pun bawalah macam biasa.

“Memang tabiat saya kalau dekat highway dan tol, memang saya akan pandang sisi tepi dan belakang. Jadi masa kejadian, sebaik saya lepasi kereta tu, saya tengok dia macam nak follow rapat belakang kereta saya.

tol baru 2

Nur Jannah berkata insiden berkenaan merupakan kejadian pertama yang dialaminya.

“Saya perasan dia macam tak nak bayar tol. Saya terus slow kereta sebab nak bagi dia tak lepas,”katanya.

Menurut Nur Jannah, tekaannya tepat kerana kereta berkenaan tidak dapat melepasi tol selepas dia bertindak memperlahankan keretanya sebaik sahaja palang terbuka.

“Adik kembar saya rasa bimbang. Takut-takut kereta tu ikut atau kejar kereta kami. Saya masa tu dah standby kalau apa-apa terjadi. Bukan saya cakap besar, tapi hak kita kan… mesti kena pertahankan,” ujar wanita berusia 27 tahun ini lagi.

“Zaman sekarang, zaman kejam… ramai suka ambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah.”

NUR JANNAH ALIAS

Pernah menonton video seumpamanya yang dikongsikan di media sosial sebelum ini, Nur Jannah berkata dia sama sekali tidak menyangka bakal berdepan dengan pengalaman yang sama.

“Ini pengalaman pertama saya. Memang saya selalu tengok video-video macam ni jadi saya dah standby siap-siap dengan benda (kamera) macam ni.

tol baru 1

Antara komen netizen yang memuji tindakan Nur Jannah.

“Zaman sekarang kan banyak kes dah. Mungkin pemandu kereta tu tengok perempuan yang drive jadi mereka boleh senang-senang nak follow rapat.

“Mesej saya sekarang, utamakan keselamatan. Belilah dashcam depan belakang. Benda tu bukti untuk kita boleh pakai sekiranya berlaku sesuatu. Zaman sekarang, zaman kejam… ramai suka ambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah,” katanya lagi.

 

Sumber : MStar / Tiktok

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda atau pemilik akaun sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*